Tuesday, August 15, 2017

Reader's Block : Bila Mood Membaca Tersekat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Reader's Block: Bila mood membaca tersekat..
Sebagai seorang yang mempunyai hobi membaca, reader's block adalah sesuatu yang amat meresahkan!
Reader's block (apa terjemahan BM yang tepat ya?) ialah keadaan di mana seorang pembaca buku tak dapat menumpukan perhatian kepada buku yang dibaca, dan akhirnya tak dapat menghabiskan bacaan walaupun berminggu sudah berlalu. Lebih teruk lagi, apabila pembaca buku langsung tiada mood untuk membuka apa jua buku di depan matanya.
Bagaimana perkara ini terjadi?
Lain orang lain sebabnya. Antaranya seperti stres, kepenatan, bercuti sakan terlalu lama(tanpa buku), atau boleh jadi juga kerana telah membaca buku yang sangat bagus atau sangat teruk hingga sukar untuk move on ke buku seterusnya. Kadang-kadang boleh juga terjadi sebab terlalu banyak membaca.. Tidak berhenti dari satu buku ke satu buku yang lain.
Tahun ni saja entah berapa kali Sha diserang reader's block. Dengan emosi turun naik.. Dan setiap kali keadaan ini datang, Sha ada cara tersendiri untuk mengatasinya. Di sini Sha ingin kongsikan apa yang Sha buat untuk mengembalikan semula mood membaca yang tersekat. Tips ini juga boleh diamalkan bagi mereka yang baru mahu memupuk minat membaca.
1. Buku ni rasa macam tak menariklah!
- Adakalanya bukan buku itu yang tak menarik sebenarnya, tapi keadaan reader's block telah menyebabkan kita melihat semua buku pun tak menarik. Bila rasa sesuatu buku itu tak menarik atau pembacaan kita sangat perlahan, jangan buang masa dan segeralah bertukar kepada buku lain. Buku yang macam mana tu? Baca point nombor 2 dan 3.
2. Pilih buku yang nipis dan mudah dibaca.
- Buku yang nipis barangkali boleh meningkatkan keyakinan kita untuk menghabiskannya. Jika sukakan fiksyen, cubalah baca koleksi cerpen berbanding novel. Buku-buku terbitan indie dengan bahasa santai juga boleh dijadikan pilihan kerana lebih relaks dan mudah dihadam. Komik juga boleh dijadikan satu alternatif..
3. Baca buku penulis/genre kegemaran.
- Secara peribadi, Sha suka membaca buku-buku seram atau thriller dalam bentuk kompilasi. Ini membantu Sha membuka mood membaca. Terpulang kepada pilihan hati masing-masing, membaca sesuatu yang kita suka dan biasa dengannya boleh menaikkan semula mood membaca yang merudum.
4. Mari ke kedai buku / Perpustakaan
- Berada di kedai buku dan dikelilingi oleh pencinta buku lain boleh membuatkan kita rasa teruja semula dengan buku. Beleklah buku yang kita suka satu persatu, dan jika kewangan mengizinkan belilah sebuah dua (atau lebih). Bagi yang tinggal jauh daripada kedai buku, buat secara online pun boleh juga tetapi mungkin kurang berkesan. Bau buku juga mampu membangkitkan mood membaca.. Kalau tak mampu ke kedai buku, bolehlah ke Perpustakaan..
5. Book group
- Book group ni macam study group juga, kami pencinta buku saling berkongsi dan mennyokong antara satu sama lain. Berbincang tentang buku dengan orang lain sama ada secara berdepan atau di group WhatsApp boleh membuatkan ulat buku yang setengah mati seperti hidup semula dan menjadi rama-rama buku.
6. Biarkan saja sehingga ia berlalu pergi
- Boleh jadi reader's block yang kita alami adalah disebabkan beberapa urusan kehidupan yang belum selesai. Jika ini sebabnya, selesaikanlah dulu urusan-urusan tertangguh sehingga kita betul-betul tenang dan bersedia untuk membaca semula. Cara ini mungkin mengambil masa, tetapi siapa tahu apabila datang saja mood membaca, tiga buah buku pun boleh habis dalam masa seminggu.
7. Lupakan seketika pada Buku..
Sha akan habiskan masa dengan menonton filem ataupun drama korea.. Ketika ini kita akan lapangkan fikiran dan juga minda daripada perkataan dan isi buku.. Biasanya cara ini yang paling berkesan..
8. Cuba tukar genre buku atau penerbitan..
Sekiranya kita selalu baca buku genre seram, kita cuba baca genre cinta atau thriller.. Kalau asyik membaca dari penerbitan buku prima, cuba baca daripada penerbitan FIXI ataupun Prolog Media.. Pelbagaikan pembacaan kita supaya mood kita juga akan berubah-ubah.. Cubalah..
Mungkin ada banyak lagi tips-tips lain yang lebih berkesan kepada diri masing-masing. Jika anda ada tips tersendiri, bolehlah kongsikan supaya kita dapat bersama-sama memupuk dan meneruskan hobi membaca buku, serta mencapai target berapa buku yang hendak dibaca tahun ini.
Selamat membaca!
#readersblock
#booklover
#bookstagram
#hobisaya
#bloggerbuku

6 comments:

  1. pernah juga terkena reader's block. biasa Hana akan tunggu aje atau pun baca buku favourite. yg selalu Hana baca kalau kena reader's block The Girl Who Chased the Moon. ada elemen magik sikit dalam tu. rasa macam boleh relate dengan hampir semua watak dalam tu :) buku pun agak nipis

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali memang akan hadapi masalah readers block nie.. So kena ada cara untuk atasinya kan hana.. Lain orang lain caranya..

      Delete
  2. sebelum ni rasa macamni tapi lepas pergi shopping dekat pesta buku haritu dah datang balik dah semangat nak baca tapi tu lah, sebab penat sangat mesti tertidur masa baca

    ReplyDelete
  3. Mama punya mood membaca dh lama blocked Nath bila nak kembali ni hihi

    ReplyDelete
  4. betul kalo pergi ke kedai buku tu.. ada aura lain ttbe je semangat pula nak membaca buku tu. :D

    ReplyDelete
  5. ni kadang2 jadi kat mv,..gangguan nak membaca membuatkan MV takda mood nak baca..walaupun teringin nak baca

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..