Sunday, September 10, 2017

Buku-buku Idaman Hati

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila Sha minat buku..
Sha minat bersungguh.. Minat ini dari zaman sekolah lagi..
Sekarang minat ini makin menggebu..
Semuanya sebab rak buku (menang contest SG Shop)...
Bila susun buku dekat rak rasa sangat bahagia..
Seblum ini Sha simpan dalam kotak je..
Sebab husband tak bagi membeli sangat..
Katanya nanti nak pindah susah..
Tapi rasa macam tak pindah je.. hehehe..

Sekarang ini Sha buka selera membaca Sha pada pelbagai genre dan juga penerbitan..
Makin banyak buku yang menarik di pasaran...
Kena buka minda dan selera baru kita nampak pilihan lain..
Tapi seram dan thriller masih bertatah di minda.. hehehe..
Bulan ini Sha sangat teringin membeli tapi belum ada rezeki..
Tambahan pula buku-buku baru asyik lalu lalang je dekat wall FB..
Bila bersahabat dengan rakan penulis, macam itulah..
Ada yang bila Sha baca tajuk Sha terus terpikat..
Ada yang bila tengok cover buku Sha jatuh hati..
Adoi.. Jenuh tahan hati dan perasaan dari membeli..

Di bawah ini antara buku-buku yang asyik lalu lalang dekat wall FB Sha dan berjaya memikat Sha untuk dimasukkan dalam list untuk dibeli..

Tajuk dan blurb buku ini ohsem tau..
 BLURB: Iskandar yang baru sahaja bekerja di sebuah hotel mengalami gangguan pelik sehingga dia dituduh membawa sial. Kehilangan pekerja sehingga kepada kes kematian amat sukar untuk dirungkai seperti satu rantaian yang telah dirancang dengan teliti.

​Malik, seorang pemuda yang hidup sebatang kara menyara hidupnya sendiri dengan satu aktiviti yang di luar jangkaan fikiran waras manusia. Ilmu hitam seperti satu permainan bagi dirinya. Kekejaman tetap akan berlaku setiap hari selagi dia masih hidup.

“Semua ni sebab kau punya sial!” – ALYA

“Iskandar, percayakan Allah dan percayakan saya. Cuba tenangkan diri dan insyallah semuanya akan baik-baik.” – YUSUF

“Hari-hari memang kaya aku kalau daging tu laku. Kehkehkeh...” – MALIK

​Yang pasti, dalang di sebalik semua kejadian amat hampir seperti musuh dalam selimut. Si pelaku bijak menyembunyikan sifat yang sebenar. Berjayakah Iskandar merungkai misteri kejadian aneh itu? Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dalam hal itu? Semuanya akan terjawab menerusi Lelaki Neraka ini!

Design, warna dan tajuknya memikat hati..
Bila baca review dan sinopsisnya agak menarik untuk dimiliki.. 
 
SINOPSIS - MARYAM, gadis yang umurnya kian lanjut usia dan belum terbuka pintu hatinya buat sang arjuna setelah pernah dikecewakan…Sehinggalah dirinya mula didatangi seseorang yang baik bicaranya, murah dengan senyumannya. Tanpa diduga, mereka berdua menetap di bawah satu kondo yang sama!

“Kenapa saya tak pernah nampak awak?” – MIKAEL

“Resident kat sini mungkin beribu. Probability awak nak terserempak dengan saya macam satu nisbah tujuh ribu. So, memanglah kita tak pernah terserempak.” – MARYAM

Hari demi hari pun berganti sehinggalah karakter yang berbeza dalam tubuh yang sama buat pertama kali muncul di hadapan Maryam! Jejaka penuh misteri itu kadang-kadang boleh berubah menjadi seorang pemarah, kasar, jahat dan semua sikap mazmumahlah senang cakap!

“Hoi? Kau hoikan aku? Aku ada nama okey. Nama aku bukan hoi. Hafez. H-A-F-E-Z. Hafez.” – HAFEZ

“Mikael, tak payah nak main-mainlah! Siang tadi awak tak buat perangai macam ni pun.” – MARYAM

Persoalan mula bermain di minda Maryam. Siapa MIKAEL? Dan siapa pula HAFEZ? Belum lagi reda hal Mikael dan Hafez, muncul pula karakter kanak-kanak bernama Adam yang mencari ibunya! Bertambah kalut Maryam jadinya! Siapa pula ADAM? Perhubungan Mikael dan Maryam semakin rapat dan hampir beralih ke gerbang perkahwinan setelah desakan daripada ayah Maryam yang tak habis-habis meminta supaya Maryam segera berkahwin. Pada waktu itu, Maryam merasakan Mikael calon yang paling layak. Setelah berkahwin, ada lagi kejutan yang dialami Maryam. Kejutan apakah itu? Ada tiga sahajakah personaliti Mikael? Akan tersingkapkah lagi personaliti Mikael yang belum diketahui Maryam? Mampukah Maryam terus hidup dengan karakter-karakter lain Mikael? Semuanya akan terjawab dalam Split.


Nak beli sebab Cover dia je, kecuali Split dan Mr.Grey tu.. Boleh Tak...

Cantik tau bila susun..


Nadi ini je Sha tak ada lagi..
Buku terbitan Prolog Media ini Semuanya lain dari kebiasaan..
Review buku ini pun dasyat-dasyat gak..

Buku ini memang Sha tunggu sebab sambungan kepada buku sebelum ini..
Akan release pada 16 September 2017..

13 comments:

  1. Bagus hobi mengumpul buku ni
    Boleh tanamkan sikap suka membaca.
    Tambahkan pengalaman luaskan pemikiran.

    ReplyDelete
  2. Amboi banyak nya buku idaman Sha ya

    Bila la Sha baca buku ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.. Yang diidam memang banyak tapi belum berjaya dimiliki lagi.. Hehehe.. Selalunya sha baca weekand ataupun sejam sebelum tidur..

      Delete
  3. Cantiknya cover buku2 tu semua omg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Nisha.. Sekarang cover buku je mampu memikat pembeli..

      Delete
  4. Banyak betul penulis yang tulis cerita fantasi ni ya

    Di ulit mimpi

    ReplyDelete
  5. Woow kak sha.. tabik spring la pada kak sha. Kinah buku yang ada tu pun sengkak perut nak habiskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki.. Ni baru mimpi nak beli.. Kat rak, ada lagi belum baca.. Hehehe..

      Delete
  6. baca sinopsis Split tu teringat drama Kill Me, Heal Me. bunyi cam best aje. buku Prolog memang bestttt hehe melekat aje baca Hana ngah baca Jika Aku sekarang ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Hana.. Akak pun terbayang perkara yang sama.. Tu yang teruja nk baca buku nie.. Prolog akak tinggal nak beli Nadi je..

      Delete
  7. Aduh kak Sha, bikin meruntun jiwaku ini... T_T

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..