Assalamualaikum..
Hye semua..
Tengah breakfast ke??
Breakfast apa itu? Sha makan roti telur dan nescafe ais..
Singgah sarapan di Sungai Behrang..
Baru je sampai dari Kampung Gajah..
Mujurlah kami buat keputusan gerak balik pagi ini lepas subuh..
Sebab semalam bila tengok maps google dan gambar-gambar yang kawan-kawan share, jalan dari Pekan Kampung Gajah sampailah simpang tiga nak ke Teluk Intan/Tapah, jem teruk..
Perlukan kesabaran yang tinggi nak tempuh..
Perjalanan Sha selalunya amik masa 1 jam 1/2 ke 2 jam je dari Kg Gajah ke Behrang..
Tapi kalau balik semalam mau 6 ke 8 jam..
Tak sanggup.. Hehehe..
Laluan ini sesak sebab Jambatan Batu 5 nak ke Teluk Intan ditutup untuk kerja-kerja pembaikan.. Katanya ditutup sampai hujung tahun ini.. So penduduk dan orang Kg Gajah kenalah bersabar menempuh kesesakan jalan raya..
Kawan-kawan pula macam mana?
Tempuh jem juga ke? Atau dah selamat berada di rumah..
Walau dimanapun anda, Sha doakan perjalanan anda semua lancar..
Semoga dipermudahkan semua urasan kawan-kawan..
Jangan lupa sarapan ye.. 😍
Pagi ni bekfes roti je, air pun belum buat..
ReplyDeleteHakak duk KL je cuti panjang ni Sha. Malas nak stress stress hadap jem
syukur MV semalam balik dr kampung tak jammed
ReplyDelete