Sunday, October 15, 2017

Kekasih Upahan oleh Eyla Hime

Assalamualaikum..
Hye semua...

Mulanya Sha ingatkan novel ini yang diorang adaptasi ke drama..
Sekali salah pula..
Tapi Sha baca jugalah bagi habis..

Kisah mengenai Nazratul yang sudah berusia 32 tahun tapi belum ada kekasih..
Semuanya kerana Afham yang meninggalkan dia 5 tahun lepas..
Kemudian muncul pula si Zaril yang diupah menjadi kekasih..
Dari kekasih upahan, tiba-tiba Zaril terjatuh cinta..
Zaril tersukakan Nazratul kerana sifat Nazratul yang selamba dan kasar..
Siapa kata perempuan kasar tak disukai..

Afham muncul kembali menagih kasih dan menjelaskan yang sebenarnya dia menghilang sebab barah..
Afham menyangkakan dia melindungi Nazratul..
Malangnya Nazratul merasakan Afham tak mempercayai dirinya..
Nazratul sakit hati dengan Afham dan tidak percaya Zaril sukakan dia..

Garapan yang diberikan puan penulis pun menarik..
Cerita yang sangat sempoi..
Perbezaan umur yang sangat ketara antara lelaki dan perempuan..
Hubungan cinta yang retak disebabkan rasa tidak mahu kekasih dilukai dan ingin melindungi..
Mak yang risaukan anak daranya tak kahwin lagi..
Perasaan bersalah diatas kemalangan hingga menyebabkan kematian..
Konflik antara ayah dan anak..

Kisah dan konflik tak complicated tapi menarik dibaca..

Sha baca pada 13.10.2017 dan selesai pada 14.10.2017..

Sha pinjam Perpustakaan Negara Malaysia

Diterbitkan oleh Fajar Pakeer

4 comments:

  1. Macam menarik je ni kak, hihihi

    ReplyDelete
  2. hihi bila baca tajuk pun ingat drama yg elizad rupanya bukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Sha memula ingat drama yang elizad berlakon tu..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..