Thursday, October 19, 2017

Temujanji ke Lapan (Amani)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setelah beberapa siri temujanji, ini merupakan temujanji Amani yang ke lapan.. Khamis (19.10.2017 - 9.00 pagi)
Rawatan secara berkala untuk gigi Amani..
Setelah satu episod pembedahan.. 
Baca di SINI..

Buat anda yang ada anak kecil, kawal pemakanan anak anda..
Pastikan anak anda sentiasa memberus gigi dengan cara yang betul..
Temujanji ini untuk memeriksa perkembangan gigi Amani..
Sama ada gigi palsu Amani luruh mengikut masanya atau tidak..
Pertumbuhan gigi kekal Amani mengikut masa atau tidak..
Serta penjagaan gigi Amani..

Alhamdulillah.. Amani semakin okay berjumpa dengan doktor gigi..
Fobia Amani kepada doktor gigi semakin berkurangan..
Doktor yang check Amani baik dan ramah..
Amani pun relax je nganga mulut untuk doktor check..
Rupanya tampalan yang sebelum ini tertanggal..
Tampalan dekat gigi taring dia..
Kecik je tampalan itu..
Jadinya kena tampal lah balik..
Check doktor perempuan, tampal doktor lelaki..
Dua-dua doktornya bagus dan ramah..
Amani pun jadi relax je..
Sha senang hati..

Lepas ini kena datang balik dalam bulan empat tahun depan..
Memang kena check sampai gigi kekal keluar elok semua..

2 comments:

  1. lil' Iman pun baru saja cabut gigi geraham atas hari selasa tu ...
    nasib tak nangis....kesian juga tengok dia kena jarum ...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..