hye semua..
Lama dah buku ini ada dengan Sha..
Sha pinjam dari kakak ipar..
Nak memulakan pembacaan tu macam payah sikit..
Bukan sebab buku ini tak best..
Tapi buku ini agak berat sedikit pengisiannya..
Buku ini memang best..
Penuh aksi dan juga marah manja antara Nur Sayang dan Dr. Ehsan..
Tambahan pula novel ini sambungan dari Mahar Cinta Cinderella dan Konspirasi Suami..
Memang rugilah kalau tak baca..
Fugitif ini memang kena isi dan tajuk..
Nur Sayang dan Dr. Ehsan kembali beraksi..
Apabila dapat melepaskan diri, kena pula bersembunyi..
Dalam pada bersembunyi sempat lagi mereka gaduh-gaduh manja..
nur Sayang dengan keras kepala dan manjanya..
Dr. Ehsan pula masih lagi logikal..
Memang satu pertembungan yang unik..
Sha baca pada 20.11.2017 dan selesai pada 22.11.2017..
SINOPSIS : Menakluk dunia. Itu
agenda Konsortium. Untuk dipersembahkan kepada 'Raja Besar' yang
berkuasa menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup. Namun,
perancangan itu terencat akibat campur tangan tidak sengaja dua orang
rakyat Malaysia. Pasangan suami isteri ini perlu dihapuskan walau dengan
apa cara sekalipun.
Demi keselamatan, Dr. Ehsan dan Nur Sayang menjadi pelarian tanpa rela.
"Jangan terpisah. Selagi kita bersama, kita kuat." - Nur Sayang.
Tragedi menimpa. Mereka terpaksa melarikan diri lagi. Bersembunyi di sebuah tempat terpencil. Namun, igauan ngeri itu belum berakhir.
Serangan Konsortium terhadap ahli keluarganya membuatkan Dr. Ehsan kembali ke Mesir. Meminta pertolongan Arielle. Tapi, bayaran yang diminta adalah perpisahan dengan isteri tercinta.
"Kita mesti berhadapan dengan realiti, sayang. Sampai bila kita mahu hidup dalam alam fantasi? Hidup dalam mimpi? Hidup dalam angan-angan? Setiap dongeng, ada pengakhirannya. Bagi kita, kisah kita berakhir hari ini." - Dr. Ehsan.
Bagaimana Nur Sayang meneruskan hidup? Bertemukah mereka akhirnya? Berjayakah Konsortium merealisasikan agenda mereka?
Kalau tengok dekat Goodreads Maya Iris ini akan ada lagi sambungan cerita mengenai Nur Sayang dan dr. Ehsan ini.. Tajuknya Artifak.. Tak pastilah bila terbitnya.. Kalau nak tahu follow je Goodreads penulis.. Goodreads : Maya Iris..
Terbitan SO Publishing

menarik bunyinya tu
ReplyDelete