Monday, November 13, 2017

Kunci oleh Ismi Fa Ismail

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel yang berjaya memberikan debaran seawal perkataan pertama.. Membaca kunci umpama membuka pintu-pintu yang mengurung pelbagai perasaan.. Perasaan menjadi bersimpang siur antara nyata dan fantasi..

Memang Kunci berada dalam kelasnya yang tersendiri.. Segala-galanya dalam novel ini mengenai kunci.. Memang memberikan rasa seram bila membaca olahan yang dicoretkan oleh Ismi Fa Ismail dalam novel ini..

Mainan bahasa dan perkataan yang dicoretkan sama seperti membaca Jangan Baca Novel Ini (JBNI).. Dari satu babak ke satu babak.. Watak Damien dan Dahlia sangat misteri.. Ada sesetengah bahagian buat kau terbayang-bayang walaupun kau dah habis baca.. Cara penyampaian yang teliti buat kau rasa seram lain macam..

Bila sampai bab akhir barulah terjawab hampir semua persoalan.. Namun masih ada yang tertunggak.. Bersambung pula dalam Empati.. Kalau ikutkan buku ini dah lama di pasaran.. Tak pastilah sambungannya dah keluar ke belum..

Apapun, novel ini memang terbaik.. Sha baca dan selesai pada 12.11.2017..

Published December 2016 by I F I Enterprise

2 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..