Monday, January 22, 2018

Trilogi Murtad #3: Qisas oleh Hasrul Rizwan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Berjaya juga baca buku ketiga untuk trilogi Murtad oleh Hasrul Rizwan ini.. Rindu wei nak baca novel dalam loghat kedah.. Lawak, sindiran dan perbualan antara Adam dan Akhil memang mampu membuatkan Sha bukan sahaja tersenyum malah ketawa.. Penulis ini memang Sha respeklah.. Serius.. Puas rasanya dapat baca pengakhiran kepada trilogi Murtad ini..

Sebelum cerita pasal novel ini, Sha terangkan Qisas tu apa ye..  Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.. Contohnya bunuh dibalas bunuh..

Dalam Qisas ini Adam dan Akhil kembali beraksi.. Tu pun disebabkan amaran si Johari yang muncul dan hilang tiba-tiba.. Maka Adam dan Akhil perlu melaksanakan tugas terakhir.. Malangnya mereka yang mengundang petaka datang namun apa yang Johari sampaikan berjaya mereka ubah dengan bantuan Zulaikha.. Saat mereka tersedar mengenai Qisas, mereka telah kehilangan satu nyawa.. Semuanya kerana amaran Johari.. Tapi memang tak mengecewakan.. Tahniah buat penulis.. 

Sha baca dan selesai pada 19.01.2018..

(ebook - PNM e-Reader)
Review Murtad boleh baca SINI.. Review Tuhan boleh baca SINI..

6 comments:

  1. good sharing sis.. lawa cover dia.. simple. tak serabut.. hahaha.. kdg cover je pon main peranan utk cikyan tertarik nak baca sesuatu buku tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Sha tak nafikan.. Cover memang main peranan bila pembaca nak beli selain dari sinopsis dan siapa penulis tu... Sha pernah beli novel hanya disebabkan cover dia.. hehehe...

      Delete
  2. Ada juga novel style slanga negeri ya.

    mama jarang baca novel, kurang tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kak.. Sha pernah baca slang Sabah, Sarawak.. memang menariklah..

      Delete
  3. ada trilogi yea..sinopsis buku ni sangat menarik.

    ReplyDelete
  4. Kalau sha sendiri tergelak confirm lawak buku ni. Tp yg penting mesej dia sampai.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..