Thursday, February 15, 2018

Bengkel Asas Servis Kenderaan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selasa (13.02.2018) Sha joint Bengkel Asas Penyelenggaraan Kenderaan (Siri 1) di Politeknik, khas untuk wanita sahaja.. Anjuran bersama Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL).. Kursus ini kursus pengenalan kepada enjin dan komponen-komponen di enjin..

Mula-mula kami diajar secara teori dahulu mengenai komponen-komponen enjin.. Fungi serta gambar.. Selepas tu rehat sekejap seblum kelas praktikal bermula.. Masa kelas praktikal ini barulah nampak real komponen tu duduknya dimana.. Fungsinya yang saling berkait...
 
Tujuan untama Kursus ini dijalankan ialah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai kereta kepada peserta.. Bukan semestinya peserta pandai menukar komponen-komponen tersebut tetapi keutamaannya supaya bila berlaku kerosakan, peserta tahu komponen apa yang rosak.. Ini dapat membantu peserta dari ditipu.. Selain itu, dengan adanya kursus ini diharapkan peserta akan lebih berjaga-jaga dan sentiasa peka dengan kenderaan yang dipandu.. Kursus ini juga bertujuan membantu peserta mengetahui dengan lebih mendalam apa yang perlu ditukar semasa kereta dihantar untuk proses 'servis' dan mencatit setiap pertukaran yang telah dilakukan kepada kereta... Lebih baik menjaga daripada membaiki..

 
Pembelajaran mengenail komponen-komponen dalam enjin..

 
Macam mana nk tukar tayar serta kedudukan break pad..

 
Yeah!! Kelas tamat.. Hehehe.. 
Alhamdulillah.. Sha dah berjaya mendapat 8 hari kursus.. Seronok rasa hati..

19 comments:

  1. wah bengkel asas servis kenderaan..bgs juga..kdg kita org perempuan bkn tau sgt kn

    ReplyDelete
  2. Ayu pun fail bab keta ni.. tau isi minyak & drive jer. tu pun keta auto.. he he..

    ReplyDelete
  3. bestnya sis..cikyan mmg teringin nak join kursus mcm ni...syok..byk bnda baru kita tau kan..

    ReplyDelete
  4. eh bestnya dapat ilmu pasal kereta! Lepasni dah tahu mekanik gebang ataupun cakap betul.

    ReplyDelete
  5. bagus jugak ni bengkel macam ni, as a woman kena tau jugak kan benda macam ni

    ReplyDelete
  6. terbaek.. ejulz pun x berapa tau sgt pasal enjin ni. hehe

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. Dr Amalina Bakri Dedah 4 'Rahsia' Mudah Untuk Fasih Berbahasa Inggeris

    ReplyDelete
  7. Bestnya kak Sha dapat gie kursus, saya satu apa pun tak pegi lagi... hihihi

    ReplyDelete
  8. Bagusnya kursus macam ni. Bagi pendedahan terutama kaum wanita untuk kenal komponen-komponen dalam kereta. Pasni orang bengkel tak leh nak tiau dah kan kak sha

    ReplyDelete
  9. i really need to learn this too

    ReplyDelete
  10. bestnyaaa.. bagus kursus macam ni, lagi-lagi untuk kaum hawa!^^

    ReplyDelete
  11. seronoknya ada sesi macam ni.. ada jgaklah pendedahan kan

    ReplyDelete
  12. Wahhh! majunya kak Sha ^^ lepas ni dah tak ada problem lagi kalau kereta rosak tetiba heheh :D

    ReplyDelete
  13. macam menarik pula bengkel asas servis kenderaan nih

    ReplyDelete
  14. Selamat pagi sabtu Sha. TAk sangka ada kursus macam ni untuk kaki tangan kerajaan kan

    ReplyDelete
  15. Hello! Super blog, I love seeing your blog. I was looking for some kind of backlink strategy for my website then I found your blog, It was a great experience for me, You can watch any type of film online from hotstar please bookmark us it will be a pleasure for our team. Thank you :) XoXo

    ReplyDelete
  16. wah bagus ni tak semua org pandai buat

    ReplyDelete
  17. Kalau nak buat kursus biar yang kita boleh guna terus ilmu tersebut dalam kehidupan seharian.

    Bagus Sha pergi kelas macam ni

    ReplyDelete
  18. kursus yang menarik. kita perempuan biasanya tau bawak je. jaga kete memang fail

    ReplyDelete
  19. waa.. bagusnya join ... kalau sy sebut pasal kete je, cari husband...hahaa

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..