Friday, February 23, 2018

Home Made Sosej oleh Bedah Lip Lap

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sini Sha share resepi buatan sendiri sosej.. Resepi ini Sha dapat dari Facebook Bedah Lip Lap.. Sha share juga di sini untuk simpanan Sha dan tatapan pembaca.. Mana tahu ada yang mencari resepi ini.. Pada Sha resepi yang beliau buat ini agak mudah dan senang.. Cuma kesemptan belum ada untuk Sha cuba.. Kalau ada yang dah cuba, bolehlah share link di bahagian komen ye.. Buat korang yang ada di Melaka dan berdekatan dengan sis Bedah kita, bolehlah membuat pesanan makanan dengan beliau.. Wrap dan Sandwich beliau memang mendapat sambutan..

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=827466084080656&id=100004518167629
Kredit Gambar dari pos Facebook Bedah Lip Lap..
- Isi ayam bahagian dada
- bawang besar sebiji
- bawang putih
- sayur ikut suka (optional)
- sebiji telur
- garam
- lada sulah
- serbuk kari (optional)
- 2 sudu besar tepung ubi/tepung jagung *
Cara-caranya :
1. Blend kesemua bahan kecuali tepung.
2. Tuang dalam bekas, kemudian masukkan tepung ubi/tepung jagung.
3. Piping ke dalam plastik aiskrim atau apa saja bekas dan bentuk yang dimahukan.
4. Kukus dalam 20 minit.
5. Boleh makan terus atau kalau nak grill dan goreng selepas tu pun boleh juga.

7 comments:

  1. wah sha dh try homemade sosej..ada juga tgk org share resepi tp tk terbuat lg

    ReplyDelete
  2. sesuai untuk anak2 ni... kalau baby gaknya bule bagi ke?

    ReplyDelete
  3. wahhh sedapnya nmpk..cikyan tak pernah try lg ni..nnt boleh la try kan...sedapnya..lapar tgk sosej ni..nmpk menarik !

    ReplyDelete
  4. dulu sha save jugak reepi ni, tapi sampai sekarang tak buat haha

    ReplyDelete
  5. Boleh cuba lepas ne. nampak senang jew

    ReplyDelete
  6. waaaaa bestnya boleh buat sendri..cuma kat rumah xde pengukus

    ReplyDelete
  7. macam senang je nak buat! Nanti nak try jugak lah :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..