Monday, March 12, 2018

Drama Melayu | Gantung The Series (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama Gantung ini diadaptasi dari novel Gantung oleh Nadia Khan (Fixi).. Tapi drama ini telah ditayangkan di Indonesia dan diterbitkan oleh Red Communications.. Kalau tak ada apa, mungkin Astro akan siarkan drama ini (aksi berahi dalam drama tersebut telah disunting untuk menjaga sensitiviti masyarakat).. Drama ini ada 16 episod dan setiap episod 20 minit..

Okay.. Sha tengok versi yang tak ada edit dan potong lagi.. Jadinya Sha agak jiwa kacau lah juga.. Drama ini kalau ditonton budak-budak memang tak sesuai.. Perlakuan bebas remaja.. Seram okay..

Drama ini masih menarik sebab ada seram dan unsur persahabatan yang kuat.. Ada juga pengajaran.. Bila kau rasa diri kau hebat dan kau boleh lakukan apa sahaja pada kawan-kawan lain, itu satu sifat yang tak bagus.. Dan kerana sikap kau, nyawa menjadi galang gantinya.. Feel dia ohsemlah.. Memang ada unsur-unsur mistik.. Gibs, Troll, KJ dan juga Ray.. Sha suka watak Ray..

Bahasa : Melayu [Malaysia + Indonesia]
Studio : Red Communication
Idea Asal : Novel fixi karya Nadia Khan dengan tajuk 'Gantung'
Pelakon : Randy Pangalila, Ikmal Amry, Hafeez Adam, Brandon Salim, Mentari De Marelle dan Gita Sucia.

Sinopsis Drama Gantung [Astro First]
Empat orang remaja lelaki bersepakat untuk tidak jatuh hati dengan mana-mana gadis dan akan sentiasa mendahulukan persahabatan. Sehinggalah ketua kumpulan mereka, Gibbs [lakonan Randy] yang jatuh cinta dengan ketua pelajar wanita yang baharu iaitu Fara.

Pada masa sama, Deepa [rakan sebilik Fara] yang selama ini menaruh perasaan kepada Gibbs kecewa apabila mengetahui lelaki itu menyukai Fara dan pelbagai perkara pelik mula berlaku di kolej itu. Deepa dikatakan mengamalkan perbuatan syirik dan pemujaan di kolej tersebut yang selama ini memang terkenal dengan kisah-kisah seram dalam kalangan masyarakat setempat.

12 comments:

  1. tajuk je dah seram, jalan cerita apatah lagi

    ReplyDelete
  2. Ramai yang review series ni... somehow Hana tak tau menahu pun kewujudan citer ni haha >_<

    ReplyDelete
  3. baca sinopsis pun dah seram ni.. hehe

    ReplyDelete
  4. W'salam Sha..
    Eloklah sangat filem ini disunting, jadi anak-anak boleh tengok sama dan ambil pengajaran dari filem ini.. Rasanya kalau takde bab berahi masih boleh faham juga jalan cerita dia kannn.. hehehe

    ReplyDelete
  5. atie still xleh nk move on dgn cerita ni... its so good
    tapi rasany tak sesuai ditayang di Malaysia

    ReplyDelete
  6. Ala semua kata cerita ni best..nak kena cari pulak lahai

    ReplyDelete
  7. aduhhh kaksha pun suka ray jugak

    ReplyDelete
  8. Ceritanya best tp, trgantung...huhu

    ReplyDelete
  9. Tapi jalan cerita Tak habis lagi sbb..apa yg jadi lepas ratna gantung diri..gibss tahu ke Tak hahaha so I rasa patut kluar lagi bnyak episode plss I minat sngnt dngn cerita nii

    ReplyDelete
  10. crita ni ada 2 latar masa dlm novel..tp dlm series ni ada 1..tu yg mcm xabis..nnti akan ada smbungn gantung 2..

    ReplyDelete
  11. gantung yang sangat tergantung!! walaupun Gibbs hensem, Ray yang cool yang best!

    ReplyDelete
  12. drama ni mmg ending sampai ep16 ke? betul2 tergantung..xtau ending mcm mana :(

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..