Monday, March 26, 2018

Milo Kepal di Sg. Behrang, Perak

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Berjaya juga makan Milo Kepal.. Kikiki.. Tempatnya tersembunyi dari dunia luar.. Hahaha.. Kedai ini letaknya dalam Felda Sg. Behrang, Perak.. Memang tak susah sebenarnya nak cari kedai ini kalau duduk dekat sekitar sini.. Masuk je Felda lepas pintu gerbang lorong yang kedua sebelah kanan.. Terus je.. kedai yang kedua dari simpang tadi.. Harga milo kepal ini RM4 (special) kalau biasa RM3 je.. Bukan takat ada Milo Kepal ini.. Ada laksa, meehoon sup, bakso, rojak buah dan abc.. Maaflah ye, gambar makanan lain tak sempat nak snap.. Kedai pun lupa nak snap.. Perut dah lapar kan..

Okaylah ais kepal milo dia.. Ada taburan oreo, kacang, coco krunch dan aiskrim.. Tak manis sangat.. Sedap je..

28 comments:

  1. tk merasa lg ais kepal milo ni..gerun tgk sbb takut manis sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ini tak manis sis.. milo dia tak pekat sangat..

      Delete
  2. Sedapnyaaaaa. Alaa, sini susah nak cari milo kepal ni huu.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.my/2018/03/book-review-cerita-satu-malam-by-za.html

    ReplyDelete
  3. nampak sedap dan menyelerakan. tak pernah try lagi :)

    ReplyDelete
  4. wahh..lagi menarik, ada aiskrim..baru berbaloi harga 4 ringgit..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum salam isnin dari saya. Singgah blog walking :) Bukan main banyak milo kena tabur tu

    ReplyDelete
  6. tsk pernah rasa lagi air milo kepal ni, paling sedap di kuala kangsar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kat kuala kangsar tu sha tak pernah makan..

      Delete
  7. dah lama ngidam nak makan.
    tadi semasa pi cuci kereta, nampak 2 mamat sedang tekun menjamu

    sempat tanya.. makan apa tu beria sangat 2-2
    'Ais Kepal Milo' jawap depa

    emm... patut la...macam boleh agak tadi
    hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya sekarang ni dah banyak tempat yang buat..

      Delete
  8. nak jumpa ais kepal pun susah sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah banyak ada dah tiara.. kat pasar malam pun ada.. siap ada vs horlick lagi sekarang nie..

      Delete
  9. alahai sedapnya..tapi mv tengah cut makan manis

    ReplyDelete
  10. Kak ni felda yang mana ye? Teringin pulak nak cuba. Try yang dekat kuala aritu macam kureng je huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Felda ini dekat Sg. Behrang.. berdekatan dengan Politeknik Sultan Azlan Shah..

      Delete
  11. murahnya RM3! Dekat subang ni yang biasa RM5

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..