Friday, March 30, 2018

Urusan Rumah - Ambil Kunci

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Rabu (28.03.2018) Sha ke syarikat pemaju untuk ambil kunci.. Selepas terima surat pada 27.03.2018.. Kalau ikutkan surat tu, Sha kena bawa duit RM508.90 untuk bayar penyelenggaraan, cukai tanah dan deposit air.. Jadinya bawa jelah duit siap-siap.. Sampai dekat syarikat pemaju, mereka bagi sekeping surat untuk ditandatangani mengatakan dan ambil kunci.. Sedangkan tak pergi tengok pun lagi rumah.. Jadi Sha ambil kunci dan tandatangan kertas tu serta buat catitan dibahagian bawah mengatakan Sha ambil kunci tanpa melihat rumah.. Bila minta CF (CF adalah bermaksud Sijil Perakuan Kelayakan atau Certificate of Fitness untuk untuk menduduki sesuatu rumah), pemaju kata CF belum dapat lagi.. Dalam seminggu dua nanti baru dapat.. Okaylah.. Dah tak adakan, takkan nak paksa juga.. Sha buat keputusan minggu depan Sha akan telefon dan tanya sampailah dia cakap dah boleh ambil CF.. kikiki.. Usaha tangga jaya..

Lepas tu Sha tanyalah pasal surat yang dia bagi tu.. Rupanya duit tu dia dah tolak siap dari duit yang dia nak bagi dekat Sha sebab lewat serah kunci.. Jadinya tak payahlah Sha bayar apa-apa.. Sha tanyalah sekali pasal cukai taksiran dan cukai tanah.. Cukai taksiran dan cukai tanah untuk dua tahun lepas, pemaju dah bayar.. Jadinya Sha kena bayar cukai taksiran dan cukai tanah tahun ini.. Maka lepas selesai urusan ambil kunci terus gerak pergi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk proses penukaran nama pemaju kepada nama Sha untuk cukai taksiran.. Tapi MBI suruh pergi pejabat tanah dulu untuk buat pencarian (dokumen mengatakan rumah tu dah ditukarkan kepada nama Sha) baru boleh buat penukaran nama di MBI.. Pergilah pejabat tanah kena bayar RM40.. Dah dapat dokumen yang diperlukan, patah balik pergi MBI.. Dekat MBI Sha bayar terus cukai taksiran tu untuk setahun dan juga denda lewat.. Lebih kurang RM90 lebih camtu.. Dah settle ini barulah pergi solat dan makan...

Kemudian barulah pergi ke rumah.. Alhamdulillah.. Rumah semua okay.. Cuma nak buat komplin sikit je.. Air bertakung dekat parking kereta itu.. Nak suruh pemaju simen kan sikit.. Lepas itu encik suami pun buatlah kerja-kerja mengukur untuk grill.. Alhamdulillah selesai dah semua.. Tunggu CF je..

11 comments:

  1. Alhamdulillah. bestnye da spt kunci rumah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah puan, tahniah akhirnya ada rumah sendiri. Semoga di permudahkan langsaikan pinjaman

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah seronok bila dapat kunci rumahkan

    ReplyDelete
  4. Cantik rumah. Teringatkembali ketika dapat kunci rumah dulu

    ReplyDelete
  5. bestnyer..rumah kite pun dah 80% siapp..tgh berdebar harap x start potong time nak raya nnt..huhuhuh

    ReplyDelete
  6. wah seronoknya dh dpt kunci rumah..sure tk sbr nk deco2 rumah sndiri nanti

    ReplyDelete
  7. Bestnya kak sha dah dapat kunci rumah. Maknanya rumah akak ni kat Ipoh la ye.

    ReplyDelete
  8. wah bestnya dah ada rumah lepas ni boleh mendeco rumah.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, tahniah kak Sha.. Cantikla rumah akak..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah dah dapat kunci dah! Tahniah kaksha :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..