Assalamualaikum..
Hye semua..
Ryan berkahwin dengan Zira setelah dipaksa ayahnya.. Ini semua dari mengelakkan fitnah yang mengatakan Ryan gay dan juga menjaga nama baik syarikat mereka.. Zira pula terpaksa terima bila mana mak dan ayahnya menyuruh.. Perkahwinan tanpa cinta dan juga sikap Ryan yang membenci perempuan membuatkan Zira agak terseksa bersama Ryan.. Ryan selalu mengeluarkan kata-kata yang kasar pada Zira walau cinta telah datang menjenguk.. Berjayakah mereka menempuh dugaan dan menuju bahagia? Kenalah baca ye tak..
Watak Ryan itu memang boleh mendatangkan kemarahan.. Asyik nak angin dan ego je.. Mujurlah watak Zira tu sabar dan berani mempertahankan hak seorang isteri.. Walaupun ada sedikit kekurangan tapi pada Sha novel ini masih menarik dibaca.. Persahabatan yang terbentuk antara Ryan dan kawan-kawannya memang ohsem..
Sha baca pada 14.04.2018 dan selesai pada 15.04.2018..
Pinjam di PNM e-Reader..
Published January 2017 by KarnaDya
Sinopsis: Enggan membahayakan masa depan Blayze Group, Ryan Blayze yang
dituduh gay kerana sikap anti-perempuannya terpaksa menerima calon
isteri pilihan bapanya. Dengan perasaan yang berbelah-bagi, Nazirah
terpaksa menempuh perkahwinan tersebut. Namun begitu, sampai bila
hati ini mampu bertahan jika terus dihimpap dengan kata-kata kasar
apatah lagi apabila Nazirah mendapat tahu bahawa perkahwinan ini
bukanlah setakat penyatuan antara dua keluarga tetapi suatu lakonan
demi kepentingan Ryan sendiri.
"Kalau macam tu, berapa lama awak nak kita teruskan lakonan ni? Sebulan?
Dua bulan? Atau seminggu? Tapi saya lebih suka seminggu..cukup tak
agak-agak untuk memperbaiki nama baik awak tu, En.Ryan? Atau awak
perlukan surat perjanjian? Saya tak kisah.." ~ NAZIRAH.
Namun hari demi hari, saat Zira hampir berputus-asa dengan
perkahwinannya ini, hatinya kembali terpikat dengan sikap aneh Ryan
terhadapnya.
Bagi Ryan pula, kehadiran Nazirah dalam hidupnya seolah-olah
mengembalikan suatu perasaan istimewa yang tak pernah dia rasai
sebelum ini.
"Siapa kau ni? Kenapa aku boleh rasa macam ni bila tengok kau? Kenapa
hanya kau je yang mampu buat aku jadi macam ni? Kenapa aku macam
boleh dengar dan nampak kau sedangkan kau tak ada kat sini? Sejak bila aku
jadi macam ni? Tapi kenapa? Aku tak ada apa-apa perasaan terhadap
kau..sikit pun tak ada..kan? Sepatutnya macam itu..kan?" ~ RYAN.
"Itu hak kau tapi, suatu hari nanti..kau akan sedar juga. Kitorang tak pernah
bercinta pun tapi sekurang-kurangnya..kitorang tahulah juga apa itu cinta
dan apa akan jadi kalau seseorang tu dah angau. Hah, macam kau
tulah..cakap sorang-sorang. Silap hari bulan, boleh terbayang-bayang Zira
tu..itu namanya..angau.." ~ ADAM.
Mampukah seorang lelaki yang suatu ketika dahulunya membenci
wanita, meluahkan kata-kata cintanya? Dari mana datangnya kebencian
Ryan terhadap wanita ini?
Nice review kak Sha ^^ lama dah rasanya tak mengembara ke alam buku hehe :3
ReplyDeleteJumlah kita mengembara ke alam buku Hana..
DeleteEnding dia cliche x? Hehe :D
ReplyDeleteKikiki.. tu kenalah baca..
DeleteAssalamualaikum & Selamat pagi. Ibu singgah blog walking. Semoga murah rezeki sis kasihku amani.
ReplyDeleteLAyan novel banyak tu.
Bila nak tulis novel sendiri.
Waalaikumusalam.. Kikiki.. tak berapa nak mampu menulis.. mampu baca je..
DeleteRisau betul nak baca novel cintan hehe. takut ending dia mcm sama hee
ReplyDeleteTak juga.. Sekarang dah banyak pilihan.. penulis pun dah tak cliche..
DeleteIngat novel romantik atas litar lumba.hehe
ReplyDeletebaca sipnosis macam best..
ReplyDeletehahaha selalunya kena suruh kahwin sebab bisnes ataupun kawan parents tapi yang ni sebab taknak kena cop gay.
ReplyDelete