Monday, April 2, 2018

Enigma Nayra oleh Noraziah Atan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini menyampaikan kisah benar mengenai mangsa sihir pengasih.. Memang sedih bila baca pengalaman yang dilalui mangsa sihir.. Hanya kerana inginkan cinta, sihir dihantar.. Bukan senang untuk mangsa dan keluarga melalui pengalaman itu.. Hijab telah terbuka dan sentiasa melihat makhluk itu.. Penyudah pada yang mengenakan sihir bukanlah baik.. Maka janganlah menyekutukan Allah.. Jangan bersahabat dengan syaitan.. Kelak kesudahannya derita..

Sha baca dan selesai pada 01.04.2018..

(ebook - PNM e-Reader)


Sinopsis: Diinspirasi daripada kisah sebenar, Ayu Nayra dikatakan menghidapi penyakit misteri yang merosak akal dan jiwa, iaitu Sihir. Alif Niyaz, digesa pulang ke Malaysia bagi mencari penawar buat adiknya. Sungguh, kerasukan itu memakan diri, mencetus tragedi. Wajah cantik hilang serinya, santun menjadi rakus, solehah berubah fasiq. Tanpa kewarasan akal fikiran, perintah Allah SWT dia lalaikan. Kuasa kejahatan mencalar keimanan. Dr. Iskandar Zakaria, bekas teman lelaki Nayra, seorang bijak pandai Sains yang menepis kewujudan ilmu sihir. Baginya ia suatu kekarutan. Tiada perkara ghaib, melainkan gadis itu gila semata-mata. Ustaz Amsyar, sahabat baik Niyaz yang telah lama menaruh perasaan terhadap Nayra, cuba merawat gadis itu dengan caranya. Perkara baik menyebelahinya. Misteri dapat dirungkainya. Objek yang mustahil berjaya ditemuinya. Bagaimana pun, keikhlasannya menimbulkan kesangsian dan syak wasangka.

4 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..