Assalamualaikum..
Hye semua..
Hye semua..
Sha patutnya tak cuti pun hati Khamis ini.. Tapi klinik pakar dari Hospital Teluk Intan call bagi tahu temujanji Amani diawalkan sebab minggu yang sepatutnya, pakar semua sibuk dalam dewan bedah.. Sha pula ada temujanji fisioterapi.. Alang-alang, Sha pun amiklah cuti.. Itulah gunanya cuti rehat.. Untuk waktu kecemasan macam ini..
Sha punya temujanji pukul 10 pagi.. Jadi ya kita lepak-lepak baca novel dulu.. Kikiki.. Sha kena buat semula fisioterapi yang terhenti ini sebab pinggang Sha masih lagi sakit.. Sha mulakan dengan kayuh basikal 30 minit.. Lepas itu bubuh arus elektrik dekat pinggang 15 minit dan hot pad 15 minit.. Part akhir ini yang syok.. Doktor ajar senaman.. Ada 3 cara senaman yang perlu Sha buat dirumah.. Sha jumpa 2 gambar je.. Yang satu lagi tak jumpa la pula.. kikiki..
Flexion knee to chest
Kena kira sampai 10, lepas tu lepas.. Kena buat 30 kali..
Yang ini nama Bridging..
Masa angkat tu kira sampai 10..
Lepas selesai fisioterapi Sha balik rumah.. Rehat kejap.. Sebab pukul 1.30 petang, nak kena gi amik Amani pula.. Amani ada pemeriksaan gigi dekat Klinik Pakar Teluk Intan.. Mujurlah Teluk Intan tak jauh sangat.. dalam 40 minit macam itu dari Behrang.. Kena tampal sikit gigi dia.. Sepatutnya 6 bulan sekali perjumpaan nya, tapi kali ini doktor bagi tempoh 3 bulan je.. Mungkin sebab tengok gigi dia dah mula ada kaviti dekat gigi dia.. Jenuh dah suruh gosok gigi..
Sampai rumah memang flatlah.. Kikiki.. Jauhkan memandu itu.. Dapat baring rasa lega pinggang..
wah. tq for sharing sha.
ReplyDeletekalau tak sakit pun, bagus buat senaman gitu.
Welcome Aida
Delete