Sunday, April 15, 2018

Magisnya Cinta oleh Syamnuriezmil

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel cinta daripada penulis ini memang tak mengecewakan.. Sangat-sangat seronok membaca novel beliau yang ini.. Berbunga-bunga hati Sha dibuatnya.. Dengan pickup line Adib.. Kegarangan Rose.. Sepadan sangatlah.. Memang bersemut hati dibuatnya.. Perjalanan cerita walaupun ada konflik dari Natasha tapi berakhir dengan baik.. Memang betul-betul magis.. Perancangan Allah tu memang terbaiklah.. Tambah kalau cinta tu kerana Allah lagi terbaik.. 

Sha baca dan selesai 11.04.2018..

(ebook - PNM e-Reader)
Cinta itu seperti magis. Sihirnya boleh membuat seseorang yang waras boleh jadi gila, hilang boleh cari, hati boleh diganti dan benci... boleh tinggal seinci. Ya, cinta itu magis. Hebat kuasa yang ada pada cinta, yang hanya bermula daripada rasa. Kerana cinta, Adib Haiman sanggup melepaskan orang yang dicintai. Kerana cinta, Rose Khadeeja mengikut kata hati. Kerana cinta, Natasha Erynna sanggup berdendam. Kerana cinta, Megat Razeen sanggup mengambil kesempatan. Kerana cinta, Megat Waiz Yafiq sanggup pasrah dan reda. Kerana cinta, Cinta Alana sanggup mengikut kehendak orang tua. Kerana cinta, semuanya sanggup berbuat apa saja. Namun... Adakah semua kesanggupan itu ada nilainya? Akankah mereka bertemu dengan cinta sejati? Semuanya bermula pada satu rancangan yang dibuat oleh Rose. Kononnya mahu menegakkan keadilan ke atas percintaan kawan baiknya, Natasha yang kecundang dengan Adib. Namun akhirnya, hati Rose pula yang tersangkut. Itulah, magisnya cinta buat benci bertukar sayang. Rupa-rupanya, Adib turut mempunyai perasaan yang sama terhadap Rose.

8 comments:

  1. Menarik jugak novel ni.. Lea tgh nk usaha habiskan semua novel yg x baca agik.. semua novel seram.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. dah lama tak pinjam kat app tu, tak sempat nak baca haha. cantik cover novel ni, sinopsis pun mcm best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang magis habis cerita dia Sha.. Nanti Sha trylah pinjam..

      Delete
  3. Hari2 dekat dengan buku, jadi peneman.
    Banyak pengalaman yang ditimba.

    ReplyDelete
  4. mcm menarik jalan cerita novel ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..