Friday, April 27, 2018

Separuh Aku Ada Kamu oleh Awesome 5

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Novel yang pendek dan ringkas sahaja pada Sha.. Kisah seorang lelaki yang sangat kerek dan kuat membuli.. Samlaikan bertukar-tukar PA nya.. Bila Syaza mula berkerja dengan Zhafir, dua syarat diberi.. Namun Syaza tak mudah mengalah.. Dari buli membuli, cinta pun berputik.. Rupanya ada sejarah antara Zhafir dan Syaza.. Memang kena sangatlah tajuk cerita dia.. Memang sweet dan sempoi novelnya.. 

Sha baca dan selesai pada 25.04.2018..

 
(ebook - PNM e-Reader)
Published 2013 by e-Sentral

Nur Syaza dan Ahmad Zhafir. Mereka dipertemukan dan bertemu di bawah satu bumbung apabila Syaza diterima bekerja sebagai setiausaha Zhafir. Patutnya, Syaza boleh bersorak gembira apabila diterima bekerja. tapi sayangnya, tak. Terma dan Syarat sebagai Pembantu Peribadi Ahmad Zhafir Bin Ahmad Zulkarnain: • Datang kerja pakai baju kurung ! ( WAJIB ) • Setiap pagi mesti ada Black Coffee dan karipap sardin tiga biji atas meja. (WAJIB TIGA!) Orang tua-tua kata, tak kenal maka tak cinta. Tapi bagi seorang Nur Syaza, lebih baik tak kenal maka tak benci. Kenapa dia cakap macam tu? Sebab, Zhafir tu hanya Allah saja yang tahu macam mana kerek-tahap-mintak-campak-dalam-lombong aje perangai dia tu. Zhafir ini pun satu hal juga perangainya, suka betul dia kucar-kacirkan hidup Syaza. Kalau satu hari tak mengacau,membuli macam tak lengkap rutin harian katanya. Tapi, di sebalik setiap pergaduhan kecil tu ada sesuatu di belakang tabir. Sesuatu yang Syaza mahu pun Zhafir sendiri tak mengerti kenapa ia terjadi. “Sejak bila menyampah tengok Ron Weasly? Dulu okey aje?” “Sejak tahu Mad Sapi is a big fan of Ron Weasly!” Hidup ini penuh teka teki. Siapa tahu, apa yang kita benci boleh bertukar jadi kesukaan kita pula akhirnya kan?

6 comments:

  1. Sweet tahap potong kaki ke kak Sha? haha ^^ nice review :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangatlah.. Tapi bolehlah.. Sebab cerita dia ringkas je..

      Delete
  2. Novel baru lagik.. dashat sha..

    ReplyDelete
  3. memang macam tu la selalunya, dari menyampah jadi suka :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki. Betul tu.. Cuma cara olahan penulis lah buat ia menarik ke tak..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..