Assalamualaikum..
Hye semua..
Hye semua..
Pagi-pagi lagi Sha dan encik suami dah gerak.. Lepas hantar anak rumah pengasuh terus gerak.. Mulanya naik kembara arwah FIL, tapi lepas pekan Slim River tiba-tiba temperature kereta naik.. Berhentilah kejap tepi jalan.. Bagi dia cool down.. Dalam 5 minit gak.. Pastu gerak balik.. Tapi sampai Trolak temperature naik balik.. Kenalah patah balik, tukar kereta.. Lambatlah geraknya sebab kereta Sha kena ganti minyak enjin baru, dah patut serviskan.. Mujurlah encik suami memang dah buang minyak lama.. Cuma nak masukkan minyak baru je.. Dugaan hari ini.. Kikiki..
Encik suami tengah melakukan kerja-kerja menukar minyak enjin..
Settle pasal minyak, kita punggah barang pula.. Dah siap, terus gerak gi Ipoh.. Singgah makan dekat Bidor lepas tu teruskan perjalanan.. Sampai Ipoh lebih kurang jam 12.. Terus punggah barang dan mulakan kerja.. Tengah seronok nak memasang grill, baru perasan wallplak yang sepatutnya dah tertinggal.. Kikiki.. Biasalah bila bertukar kenderaan.. Mesti ada yang tertinggal.. Mujurlah ada backup.. Dekat pukul 3 petang, baru berjaya pasang jeriji tingkap utama dan tingkap bilik belakang.. Lambat sebab tingkap bilik tidur utama terpaksa dipotong dan dicantum kembali kerana salah ukuran.. Kikiki.. Bukan pembuat jeriji professional kan.. Sudahnya Sha keluar pergi beli lunch sementara encik suami sambung kerja.. Sha sampai balik, encik suami dah settle pasang semua jeriji.. Tinggal pintu depan dan pintu belakang je.. Berhenti makan dulu, baru sambung balik buat kerja.. Kami selesai pasang pintu dekat pukul 6.30 petang.. Terus kemas-kemas barang dan pergi solat.. Lepas tu memang terus gerak balik.. Sampai rumah pukul 9.30 malam.. Lambat sebab pergi ambil Amani & Imani dekat rumah pengasuh dulu.. Lepas tu memang flat lah.. Kepenatan..
Pemasangan jeriji pun bermula..
Ini tingkap dekat ruang tamu..
Tingkap bilik belakang..
Ini jeriji tingkap bilik utama.. Tersilap ukur.. Jadinya kenalah ptong dan cantum.. Tu yang jadi lambat.. Dah lam lambat sampai.. Kikiki.. Bila bukan professional kan..
Alhamdulillah.. Berjaya juga pasang jeriji untuk pintu.. Dah siap.. Nanti nak datang balik untuk basuh rumah dan buat wiring..
wah cantiklah jeriji tu kak
ReplyDeleteTahniah dapat rumah baru.
ReplyDeleteterer nya pasang sendiri
ReplyDeletewahh bestnyerrr..heheh
ReplyDeleteyeayyyy dah siap pasang! Cantik :D
ReplyDelete