Saturday, April 21, 2018

Urusan Rumah - Penghantaran Jeriji/Grill Rumah

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Tadi siang Sha dan suami ke Ipoh untuk hantar Jeriji yang dah siap dibuat.. Gerak pagi tapi biasalah.. Sarapan dulu, lepastu punggah jeriji bawa masuk lori kemudian baru ke Ipoh.. Lori Sha pakai pejabat punya.. Buat surat rasmi ke pengarah dengan sokongan TPA untuk pinjam lori.. Minyak dan tol, isi sendiri..

Sampai Ipoh je dah pukul 12 tengahari.. Meter eletrik tak pasang lagi tapi dah ada rumah yang berpenghuni.. Depan rumah Sha pula tu.. Ramah jiran tu.. Sempatlah bertegur sapa.. Lepas turunkan Jeriji bawa masuk dalam rumah, Sha pun mulakan aktiviti mengecat pagar rumah Sha.. Bayangkan mengecat dalam keadaan terik matahari.. Pergh!! Mencabar betul.. Masa ini memang insaf dan bersyukur sangat dapat kerja dalam pejabat.. Bayangkan mereka-mereka yang mencari makan dengan membuat kerja-kerja macam ini.. Pada Sha ini satu pengalaman yang sangat berharga.. Bila kita buat sendiri, penat lelah tu lebih berbaloi.. Malah Sha jadi lebih menghargai kerja Sha sekarang.. Terima kasih pada encik suami yang banyak membantu.. 

Proses menurunkan jeriji dari lori.. Sha sempat singgah kedai ECO untuk beli sarung tangan, berus cat dan air mineral.. Sarung tangan dan berus cat tu memang pakai buang je.. Senang.. 

Warna asal pagar rumah Sha.. 

Setelah Sha dan encik suami cat.. Memang menyerlah..

Rewards untuk diri sendiri setelah berpenat lelah.. Kikiki.. Bertahun tak minum Starbuck ini.. Memang puas dan membahagiakan.. Kikiki.. 

8 comments:

  1. Wah, dah cantik rumah Sha..pagar tu kesayangan la lepasni, titik peluh sendiri tu

    ReplyDelete
  2. nice and besaq gila halaman rumahhhh

    ReplyDelete
  3. baru teringat. aida ada ajak asben cat pintu pagar tau, sha.
    terlupa nak remind dia.
    dah nak Ramadhan ni :) hu hu hu

    ReplyDelete
  4. wahhhh tak sabar nak tengok bila dah siap deco semua nanti

    ReplyDelete
  5. Wahh nak masuk umah baru dah dia.. tahniah sha..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..