Thursday, June 21, 2018

Projek Seram: Ofis oleh Naim Tamdjis, Julie Jasmin, Noorfadzillah

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Novel terbaru keluaran Buku Prima ini Sha beli dengan penulis.. Siap dapat sampul duit raya, okay.. Tandatangan penulis dah tentulah ada berserta ucapan dari penulis.. 

Orkid oleh Naim Tamdjis
Ada misteri disebalik lukisan.
Ada kemunculan Kakak Kemboja dalam cerita ini.. Kali ini yang mengganggu bernama Orkid.. Suka pula dwngan nama-nama yang digunakan penulis.. Klasik sangat.. Arman mula berkerja di pejabat baru.. Berkenalan dengan Kemboja dan juga Orkid.. Tapi yang peliknya, hanya Arma je yang jumpa Kemboja dan Orkid.. Orang lain melihat Arman seperti bercakap sendiri.. Malah gangguan di pejabat pun semakin menjadi-jadi.. Siapakah sebenarnya Kemboja dan Orkid..? Mengapa mereka suka sangat dengan Arman..? Penulis sentiasa memberikan yang terbaik bagi karya-karya beliau.. Jin dan syaitan, akan sentiasa cuba menyesatkan manusia.. 

Usik oleh Julie Jasmin
Walau jasadku hancur, pulangkan milikku.
Kisah gangguan disebabkan perbuatan manusia lain dan juga sihir dari rakan sekerja.. Pelik manusia ini, demi kesenangan hidup sanggup melakukan perkara yang salah.. Pejabat yang okay jadi tak okay disebabkan usikan oleh si dia yang ingin barangnya dikembalikan.. Dalam masa yang sama sihir juga harus ditepis.. Memang menarik cara olahan penulis..
 
Lembaga Hitam oleh Noorfazillah
Kerana dendam, dia kembali menghantui.
Gangguan yang dilakukan oleh manusia yang kejam dan jahat.. Tujuannya ingin menghancurkan.. Bukan sahaja syarikat dan pemiliknya tapi semua yang berkerja di syarikat itu.. Memang tak sangkalah manusia yang nampak baik tapi hatinya hitam penuh dendam dan khianat.. Mujurlah ada yang membantu..

Sha baca pada 13.06.2018 dan selesai pada 14.06.2018..

3 comments:

  1. sihir dekat pejabat ni dah jadi perkara biasa dah sebab sakit hati tengok kejayaan orang lain

    ReplyDelete
  2. scary orang sekarang banyak main sihir lg

    ReplyDelete
  3. sihir di pejabat.. belum pernah tahu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..