Monday, June 4, 2018

Puaka oleh Sahidzan Salleh

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Novel ini memang unik.. Yellah.. Nama puakanya Jack D.. Moden okay.. Kikiki.. Sekali dah terperangkap dengan perjanjian syaitan, bukan mudah nak melepaskan diri..Cerita memang lurus je.. Tapi momentum penyiasatan yang dilakukan oleh Inspektor Hasbi memang menarik.. Bermula dengan kehilangan Roslan dan kematian isterinya berjaya membantu Inspektor Hasbi membongkar jenayah yang dilakukan oleh Roslan, amirul dan Malik 7 tahun dahulu.. Dan kerana pembongkaran itu jugalah Inspektor Hasbi terperangkap.. Plot twist di akhir cerita memang menarik..

Novel ini diceritakan dengan 3 bahagian.. Bahagian 1 mengenai perjanjian antara Amirul, Roslan dan Malik dengan Jack D (jembalang).. Bahagian 2 pula bermula dengan kehilangan Roslan dan siasatan oleh Inspektor Hasbi.. Bahagian 3 bermula dengan pertemuan pemilik rambut yang dijadikan tangkal oleh Roslan, Amirul dan Malik.. Memang strait je cerita ini.. Momentum penyiasatan tu menarik.. Gaya penceritaan menggunakan bahasa sabah dan juga bahasa melayu..

Sha baca pada 03.06.2018 dan selesai pada 04.06.2018..

6 comments:

  1. Wow, macam menarik aje jalan citer novel nie..

    ReplyDelete
  2. okay cemni memang lagi x baca muahaha.. tabik la akak ni rajin sungguh baca..

    ReplyDelete
  3. kalau dah berjanji dengan syaitan tu susah dah nak keluar

    ReplyDelete
  4. byknye novel best².. lea ni bilalah boleh baca novel lagik cmdulu gamaknye..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..