Wednesday, June 27, 2018

Sambal Goreng Baik Punya

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Lama tak buat sambal.. Semalam buatlah sambal baik punya.. Hahaha.. Bahan-bahannya, apa yang ada je.. 

Sambal Baik Punya
 
Bahan-bahannya
Tempe sepeket dipotong nipis
1 ketul Tauhu dipotong nipis
Segenggam ikan bilis dibasuh
1 ulas bawang merah dihiris
1 biji cili dihiris
2 sudu cili giling
1 sudu kecik gula
1 sudu kecik pes asam jawa
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara Memasak
Goreng tempe, tauhu dan ikan bilis secara berasingan dan ketepikan..
Tumis bawang dan cili merah yang dihiris sampai naik bau..
Masukkan cili giling, goreng sampai cili garing dan bubuh sedikit air..
Masukkan pes asam jawa, gula dan sedikit kiub ikan bilis..
Setelah sambal sedikit kering, baru masukkan tauhu, tempe dan ikan bilis yang dah digoreng tadi.. Kacau rata dan siap.. Bolehlah makan bersama nasi.. 

 
Tempe dan tauhu yang dah digoreng
 
 
Ikan bilis yang dah digoreng..
 
 
Tumis bawang dan cili menggunakan minyak gorengan tempe, tauhu dan ikan bilis tadi..
 
 
Lepas cili giling garing, masukkan sedikit air, pes asam jawa, gula dan sedikit kiub ikan bilis/perencah cukup rasa.. Kacau.. Kemudian setelah sambal sedikit kering, baru masukkan tempe, tauhu dan ikan bilis..
 
 
Dah siap..

18 comments:

  1. sedap... memang best mkn panas2

    ReplyDelete
  2. ni makan dengan nasik panas ni boleh bertambah2..

    ReplyDelete
  3. wowww suka lauk simple2 camni

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum selamat pagi dari Mama, sedapnya sambal goreng

    ReplyDelete
  5. uihhh mmg fav la sambal goreng ni..aiya terliur lak tgk...sis pos sini la haha

    ReplyDelete
  6. Salam Khamis, Ibu singgah bertamu ke blog sis. Memang baik punya sambal goreng ni. Pedas lagi menyelerakan

    ReplyDelete
  7. waaaa.. sambal terbaek dari ladang ni :)

    ReplyDelete
  8. wah tgk rupanya pun dah menjilat jari dah ni

    ReplyDelete
  9. teringat dulu cari duit dengan cara bungkus tempe..dapatlah buat duit belanja sikit-sikit =)

    ReplyDelete
  10. Lauk simple macamni yang buat makan bertambah :D

    ReplyDelete
  11. sedap nih makan dengan nasi panas2

    ReplyDelete
  12. walaupun lauk simple tp itulah yg sedap. makan nasi bertambah2

    ReplyDelete
  13. Uishhh,..sedap nih! Ratah cam tu je pun best!

    ReplyDelete
  14. nasi panas berasap...
    berdua dgn sambal ni pun dah boleh bertambah nasi lebih sepinggan :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..