Sunday, July 8, 2018

Genderuwo oleh Hasrudi Jawawi

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Novel ini novel baru keluaran buku Prima.. Memang tajuk dia sangat memikat.. Makhluk Genderuwo ini merupakan makhluk yang suka mendekati kaum perempuan yang kesunyian dan mendampingi mereka.. Makhluk ini sangatlah suka mengambil kesempatan.. 

Novel ini mengisahkan Rozana yang tersalah jalan akibat tidak boleh menerima kenyataan.. Kerana terlalu mengikut perasaan Rozana telah meminta tolong rakannya Zalika melakukan perkara yang menyekutukan Allah.. 8 tahun kemudian, perkara itu kembali menghantui hidup mereka.. Mengganggu anak-anak Rozana dan mengorbankan nyawa kawan baiknya Zalika.. Dengan bantuan kawan anaknya dan juga suami Zalika perkara itu cuba diselesaikan.. Dalam masa yang sama Badarsila turut mengganggu anak Rozana.. Apakah kaitan Genderuwo dan Badarsila? Berjayakah mereka menyelesaikan masalah itu..? 

Buku ini Sha mula baca pada 06.07.5018 dan selesai pada 07.07.2018..

5 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..