Wednesday, August 8, 2018

Kongsi Kegilaan Anda

Assalamualaikum..
hye semua..

Jom sembang nak?? Jom kongsi dengan Sha kegilaan anda.. Adakah kegilaan anda itu membahagiakan, memberi impak positif pada orang disekeliling anda ataupun kegilaan itu menyusahkan anda..

Macam Sha.. Sha punya kegilaan kepada buku dan makanan memang susah nak sekat.. Dalam pada perbelanjaan yang semakin ketat pun Sha gigih juga membeli buku.. Sampai kadang-kadang terpaksa ikat perut untuk makan tapi dalam masa yang sama berjaya merajinkan Sha memasak.. Kikiki.. Berazamlah sekuat manapun untuk tidak membeli buku, mesti beli juga..

Kegilaan Sha pada buku bermula sejak zaman Sha sekolah lagi.. Sha lebih senang membaca dan menjadi sahabat karib pada buku dari manusia.. Sha bermula dengan buku-buku Inggeris bersiri dari penulis seperti R.L Stine, Enid Blyton.. Sha memang cenderung dengan cerita penyiasatan dan seram.. Menginjak ke zaman sekolah menengah, Sha lagi kurang berkawan.. Masa Sha banyak dihabiskan didalam perpustakaan.. 5 minit makan di kanti dan selebihnya dalam perpustakaan.. Membaca novel-novel cinta dari alaf21.. Bila Sha mula berkerja selepas SPM, Sha mula membeli novel Harry Potter.. Masa ini kalau dapat beli sebuah novel pun dah rasa sangat-sangat bahagia.. Kemudian Sha berpindah dan berkerja di Damansara, masa ini Sha mula rajin layan wayang pula.. Tetapi novel tetap Sha baca cuma tak beli sebab dalam The Curve ada Borders (kedai buku), Sha boleh melepak dan membaca dalam ini tanpa dihalau.. Kikiki.. Masa ini minat Sha bercambah kepada genre fantasi horror dan thriller seperti vampire, warewolves dan yang sewaktu dengannya.. Masa ini memang gila baca novel penulis J.R. Ward dan Laurell K. Hamilton.. Tapi Sha tak beli sebab novel BI mahal kot.. Sampailah Sha jumpa kedai buku second hand dekat Pasar Seni.. Barulah Sha mula membeli novel-novel Inggeris.. Dalam masa yang sama Sha mula mengumpul majalah Gempak, Utopia dan komik keluaran Gempakstarz.. Memang berkotak-kotak.. Sebab tak mahal kan.. Lepastu jual balik sebab masa tu baru kahwin dan encik suami bising banyak sangat majalah dan komik.. Hahaha.. Juallah..

Sha mula kerja sebagai Pembantu Perpustakaan pada tahun 2008.. Kemudian kahwin pada tahun 2009.. Masa ini nafsu untuk membeli kuran sebab kerja dekat dalam Perpustakaan kan.. Novel Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris banyak gila.. Jadinya memang Sha pinjam dan baca semua novel.. Tapi kegilaan Sha pada buku datang semula sekitar tahun 2013 ke 2014.. Masa ini sha kena tekanan perasaan yang agak teruklah juga.. Tekanan disebabkan kerja.. Sampai berjumpa dengan doktor untuk sesi kaunseling dan dicadangkan untuk buat terapi.. Tapi terapi tu tak berjaya Sha buat sebab Sha bersalin dan emosi Sha semakin pulih sebab Sha amik cuti tanpa gaji dari berkerja.. Lama.. dekat setahun.. Bila bercuti dari kerja ini emosi pun dapatlah bertenang.. Masa inilah Sha mula membaca semula..

Kegilaan membeli novel datang semula pada tahun 2016.. Masa ini Buku Prima mula mengeluarkan novel-novel seram dan thriller yang sangat menarik dan mengancam.. Sha beralih dari membaca novel BI ke novel BM.. Maka bermulalah kembali obsesi Sha pada buku dari segi membeli, membaca dan mengumpul.. Dengan harapan satu hari nanti Sha akan ada mini library..

Zaman dulu Sha tak pandai sangat nak keep track buku apa yang Sha dah baca dan beli.. Tapi sekarang zaman dah canggih.. Boleh bubuh dalam blog, instagram, facebook dan juga Goodreads.. Jadinya memang bestlah tengok perkembangan bahan bacaan Sha.. Minat Sha pada buku juga telah mengenalkan Sha pada ramai penulis, kawan baru dan juga pelbagai jenis buku dan dunia buku yang lebih besar.. Kepelbagaian genre dan penerbitan buku sepatutnya menggalakkan lebih ramai orang suka membaca.. 

Yang paling Sha suka bila perkongsian Sha mengenai buku di blog berjaya menarik pengunjung untuk membaca juga.. semoga minat ini akan diwarisi anak-anak Sha.. Aamiin..

Semoga satu hari nanti Sha akan dapat bilik macam ini.. Gambar ini Sha ambil dekat SINI..

22 comments:

  1. Saya pun bercita-cita nak bukak mini library kat rumah.. Semoga impian kak Sha akan dimakbulkan, Insha Allah..

    ReplyDelete
  2. fuh bole tahan kegilaan sha terhadap buku tu...bgs2 tp ada smp nk kena terapi ye..akak rsnya tkde la gila sgt smp tahap maximum terhadap makanan tp stiap kali pi mkn mmg automatik akan snap gmbr utk share info ngan kwn2...n utk rujukan juga..kdg2 pegi tmpt mkn yg sama sbb dh suka menu kt certain restaurant tu kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh.. yg terapi tu bukan sebab buku.. Kikiki..

      Delete
  3. sama.....
    Ayu pun gila baca novel. dari zaman sekolah...
    sek rendah..suka baca cita penyiasatan, masuk sekolah menengah..harus la cinta cintun...itm pun..dah keja lagi la.. sbb ada duit sendiri. sampai kat bangkok ni pun.. still shopping novel..online. kalau balik tu..sure la ada paling kurang sebuah. bekal bawak sini. :-)

    ReplyDelete
  4. Sha dapat kerja yang bertepatan dengan kegilaan Sha.
    Selamat membaca.

    ReplyDelete
  5. rajinnya sha dari bujang sampai dah kawin. Miza masa bujang jew rajin baca dah kawin ne macam masa terhad sangat nak membaca

    ReplyDelete
  6. cantik kan kemas/susun buku mcm tu..semoga impian akak tercapai lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik dan kemas.. Seronok je tengok buku dekat rak.. kikiki..
      Aamiin.. tq rabia..

      Delete
  7. buat library bsr sket laa sha bleh sy tumpang bc😊.. sy xde 'kegilaan' terhadap sesuatu...sbb kalu suka sesuatu cuma sementara je

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.. boleh.. Seronok juga berkongsi bahan bacaan kita dengan kawan-kawan.. Aamiin..

      Delete
  8. kalau dapat buat bilik macam ni memang heaven, dah lama berangan ni..hihi

    ReplyDelete
  9. zaman belajar, suka baca novel..sekarang makin teruk tabiat membaca saya..sadis

    ReplyDelete
  10. sama la kita kaksha, masa rehat lepas makan terus pergi perpustakaan baca novel siri penyiasat. Masuk sekolah menengah pun suka lepak library baca buku. balik hostel layan novel. Masa tu kena booking turn kalau nak pinjam novel. Dah masuk ipt je suka layan movie sebab tak sempat nak membaca. Sama la sekarang ni pun, sehari nak habiskan satu bab pun susah

    ReplyDelete
  11. belum ada library mcm ni kt rumah.. best kalau ada

    ReplyDelete
  12. ejulz zaman baru mula2 keje dulu rajin baca novel.. hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..