Sunday, August 19, 2018

Krisis Charlie oleh Khairul Nizam Khairani, Syauqie MK, Jeehan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Krisis Charlie ini ada tiga penulis iaitu Khairul Nizam Khairani, Syauqie MK dan Jeehan.. Merupakan buku ketiga untuk Krisis ini.. Alpha dan Bravo, Sha ada tapi kita simpan dulu.. Tiga cerita aksi yang memang mantaplah.. Memuaskan hati Sha walaupun pendek..

Identiti oleh Khairul Nizam Khairani
Permulaan cerita je dah mendebarkan.. Bila baca dari awal sampai akhir memang tak boleh nak teka siapa sebenanrnya penjahat.. Bila dah nak hujung, ingatkan dah jumpalah penjenayahnya.. Rupanya tetap tersalah teka.. Memang terbailah garapan dan penceritaan penulis.. Memang betul-betul kejam dan memberikan kejutan..

Jangan Cari Pasal! oleh Syauqie MK
Cerita ini penuh aksi dan juga adegan lucu.. Gabungan yang sangat bernas.. Memang menjadi formula yang dipakai penulis.. Keterujaan membaca adegan lawan dan penuh debaran diselang selikan dengan lawak yang memantapkan cerita..

Zippo oleh Jeehan
Cerita ketiga dalam buku ini.. Sila bawa bersabar ye lepas habis baca cerita ini.. Memang ko akan rasa bengan bila sampai perkataan last sekali.. Hahahaha.. Tapi cerita yang disampaikan memang best.. Berteka teki dan penuh persoalan.. Sangat menarik..

Sha baca pada 16.08.2018 dan selesai pada 17.08.2018..

 
Tak berapa jelas sebab guna plastik pembalut warna oren.. Yang jernih dah habis.. Huhuhu..

Terbitan Tebook Press

6 comments:

  1. Lama saya tak baca novel .. wife saya yang kaki novel pun nampaknya dah kurang baca novel sejak ada baby baru ni. Mungkin masa tak ada nak jenguk dereta novel yang masih bersusun.

    ReplyDelete
  2. eh penulis ni sama nama dgn sy laa 😊🙈

    ReplyDelete
  3. bulan ini saya harap ada lebihan bajet untuk membeli buku...

    kalau ada senang skit nak teruskan hobi klasik nia..

    tahniah kerana berjaya berjaya menghabiskan bacaan buku dengan mudah

    ReplyDelete
  4. hi..singgah sini...
    jemput baca dan kongsikan hobi anda http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/08/hobi-zaman-kanak-kanak-sehingga-dewasa.html

    ReplyDelete
  5. nampak menarik novel ni :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..