Tuesday, September 18, 2018

Projek Seram Tren oleh Aziah Zainal, Zyra Safiya & Sufi Abqari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Projek Seram kali ini datang dengan tema Tren/keretapi.. 2 penulis perempuan dan 1 penulis lelaki.. Seronok membaca naskah-naskah dari koleksi Projek Seram.. Setiap satunya ada aura yang tersendiri.. Menarik dan memikat.. Ini buku ke 20 untuk koleksi Projek Seram ini..

Ghaib oleh Aziah Zainal
"Jangan turun sebelum kau sampai ke destinasi!"
Kes rompakan yang berlaku lama dahulu menjadi penyebab kepada peristiwa peristiwa aneh di stesen itu.. Adakah 3 perompak itu akan selamat setelah menaiki tren yang tak sepatutnya.. Siapakah Syafiq yang bersama mereka? Suara tangisan budak perempuan yang mengganggu dan asap tebal yang datang setiap kali tren sampai.. Memang berjaya buat hati tertanya-tanya.. Hassan yang tiba-tiba hilang dan kemudiannya muncul semula..

Masa Untuk Pulang oleh Zyra Safiya
"Dunia kita tidak sama..."
Apakah hubungan Salma dan Jong Kook? Persoalan ini berjaya buat Sha baca sehingga habis.  Salma di Malaysia dan Jong Kook di Korea, hubungan apakah yang mengikat mereka.. Gangguan yang diterima mereka hampir serupa.. Setiap kali naik tren mereka akan diganggu.. Akhirnya perpishan terjadi dan kerana tren mereka bertemu semuL demi merungkai misteri sebenar..

Epal Merah dan Komuter Hantu oleh Sufi Abqari
"Aku hanya mahu berteman..."
Tajuk je dah menarik perhatian.. Bila yang tak sepatutnya dicari demi melunaskan hajat.. Maka nyawalah jadi galang gantinya.. Suri yang hidupnya dibuli dan dihina akhirnya menyerah pada jejaka jembalang pemilik komuter hantu.. Bermulalah kemunculan epal merah demi meragut nyawa mereka yang menjamahnya..

Sha baca pada 16.09.2018 dan selesai pada 17.09.2018..

8 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..