Thursday, September 20, 2018

Pulangkan Kembar Puaka oleh Kayy Mann, Iz Zunairah & Mus Nasmian

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini mencantumkan ketiga-tiga tajuk cerpen didalamnya.. Memang menarik.. Sha beli sebab tertarik dengan tajuknya.. Ini buku seram pertama dari penerbit ini yang Sha beli..

Pulangkan oleh Kayy Mann
Kisah yang ditampilkan memang berbeza dari yang Sha baca.. Gangguan yang berlaku berpunca dari ketamakan diri dalam mengejar harta sehingga tidak peduli apa yang jadi pada sahabat sendiri.. Perasaan bersalah yang mungkin sudah lama ada mula mengganggu jiwa dan akhirnya membuatkan hidup jadi kusut dan huru hara.. Semuanya kerana MLM..

Kembar oleh Iz Zunairah
Kembar menceritakan hubungan manusia dan buaya.. Menggunakan latar zaman sekarang dan juga latar zaman lampau.. Memang menarik dibaca.. Tak adalah seram, lebih kepada mistiknya hubungan manusia dan buaya.. Serta peringatan buat pembaca memastikan alam sekitar dipelihara kerana ada makhluk lain yang turut menghuni..

Puaka oleh Mus Nasmian
 Puaka memang unik dan menarik.. Ohsem pun iya.. Dalam seram, mistik ada rasa sedih dan keinsafan.. Hubungan kekeluargaan dan saling bertanya khabar.. Pertolongan pada yang memerlukan tanpa memilih-milih.. Bila berilmu jangan menunjuk.. Sangat terkesan dengan cerita ini..Penulis berjaya memberi kepuasan pada Sha walaupun ceritanya pendek..

Sha baca pada 18.09.2018..

Terbitan Buku Puris

13 comments:

  1. Replies
    1. Tajuk je nampak seram.. Ceritanya tak seram sangat..

      Delete
  2. nice jugak bila depa sambung kan 3 tajuk carpen tu..bole cari gak ni nnti

    ReplyDelete
  3. 3 in 1...tiga2 nampak menarik..

    ReplyDelete
  4. akk dah baca lum buku
    jangan baca novel ini? novel tu memg best sngt..

    sorry lari topik,sebb tu je novel misteri yg saya enjoy sngt

    ReplyDelete
  5. Kadang tajuk bukan main lagi tp cerita kelakar pun ada. Ana pernah baca satu. Hehe

    ReplyDelete
  6. yg taksub MLM patut baca ni hahaha

    ReplyDelete
  7. jarang orang buat cerita pasal MLM tu

    ReplyDelete
  8. terima kasih akak untuk review buku ini ")

    ReplyDelete
  9. TErima kasih atas ulasan buku. Gembira dapat tahu maklumbalas pembaca. Semoga terhibur.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..