Tuesday, September 11, 2018

Scarlett oleh Sha Hanim Ramli

Assalamualaikum..
Hye semua..

Disebabkan cuti panjang.. Berjayalah Sha membaca.. Ini buku ketiga untuk bulan September 2018.. Kalau sebelum ini Sha kongsikan buku seram, kali ini Sha review buku yang bermain dengan emosi dari penulis Sha Hanim Ramli..

Cubaan pertama yang sangat baik pada Sha.. Buku ini dikarang berinspirasikan kisah benar tapi telah diolah mengikut kesesuain penulis..

Kisah kemurungan yang dialami oleh Scarlett bermula dari kecil.. Kemudian episod dukanya bertambah bila dibenci ayah kandung dan ibu tirinya.. Menyebabkan hidupnya sedari kecil tidak pernah bahagia.. Sakit itu satu kepuasan dan kemuncaknya bila dia melalui pengalaman hidup yang sangat menyakitkan.. Malang yang datang bertimpa timpa tidak menggagalkan, sebaliknya hidup tetap diteruskan walau dalam kepayahan.. Cahaya mula memunculkan diri dalam hidupnya bila April dan Arash muncul membantu.. Bukan mudah pesakit depresi ingin bangkit andai tidak ada yang sudi membantu..

Sha harap buku ini akan dibaca ramai orang untuk memahami bahawa depresi itu bukanlah mainan tetapi penyakit yang serius.. Berminat? Boleh terus ke Facebook Sha Hanim Ramli..

Sha baca pada 09.09.2018 dan selesai pada 10.09.2018..

Terbitan Hucad Consultants

9 comments:

  1. cover buku yang menarik dan misteri. tajuk dia teringat korean drama scarlet heart hehehe.

    ReplyDelete
  2. Bagus ya buku nie, Kak Sue lebih kepada cerita seram.. walaupun sebenarnya penakut..

    ReplyDelete
  3. perghhh laju sungguh sha baca tu

    ReplyDelete
  4. Nampak misteri sgt cover buku scarlett ni. Ada rezeki lebih boleh la beli :)

    ReplyDelete
  5. terbaek.. kalau ejulz sebulan pun belum pasti dpt habiskan ni. hehe

    ReplyDelete
  6. sy x nk baca entry ni nnt sy x leh bc buku tu hahaha

    ReplyDelete
  7. Bagus utk di baca. Menambah pemahaman tentang depression.

    ReplyDelete
  8. sekarang banyak orang yg ada depression so buku ni nampak menarik untuk tambah info pasal depression.

    ReplyDelete
  9. cover buku pun dah jelas menampakkan kesakitan scarlett tu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..