Sunday, October 21, 2018

Amani Pergi Lawatan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Amani berjaya juga mengikut rombongan lawatan yang dianjurkan Cikgu Sains beliau ke Rezab Hidupan Liar Sungai Dusun pada 20 Oktober 2018 pada usia 8 tahun.. Kalau ikutkan dari darjah 1 lagi Amani selalu bawa balik surat untuk pergi lawatan sekolah.. Sha dan suami memang tak benarkan.. Cuma kali ini kami benarkan sebab tempat yang dituju dekat sahaja dari rumah kami.. Dalam 24km macam tu.. Pergi pu setengah hari sahaja.. Gerak pukul 7.30 pagi, pukul 1 tengahari dah sampai sekolah balik.. Bayaran pun cuma RM15 sahaja..

Bila ambil Amani tengahari tu, bukan main teruja lagi dia bercerita mengenai rombongan lawatan itu.. Kawannya kena gigit pacat.. Amani dapat tengok buaya dan Tapir.. Ada pelajar politeknik buat aktiviti bersama mereka.. Kuiz dan juga mewarna.. Alhamdulillah Amani dapat pengalaman baru.. Sha pun dapat pengalaman juga.. Hahaha..

Kawan-kawan pula macam mana? Benarkan tak anak-anak untuk ikut rombongan sekolah seawal usia berapa?

11 comments:

  1. Kakshaaa... sy baru je tanya soalan ni kat suami haritu. Nanti kalau dah ada anak, nak kasi tak dia join lawatan sekolah? Suami kata, kalau dia, dia bagi je. Haha. Tp kalau sy, sy rasa mcm belum tentu lagi nak kasik. Entah2 emaknya ni mengikut naik kereta follow belakang bas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. akak ngn suami memang berat hati kalau nak bagi dia ikut rombongan.. tak berapa nak yakin sangat.. hahaha.. tapi yang nie bagi sebab encik suami dah gi usha dulu kat mana tempat yang dia nak gi.. tu yang bagi..

      Delete
  2. mmg susah nak lepaskan anak2 kecil pergi lawatan sekolah, mcm2 ada dlm fikiran ibubapa..keselamatan yg penting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu nohas.. Dalam fikiran tu bermacam-macam perkara yang difikirkan..

      Delete
  3. kalau sy, sy benarkan dari usia awal. sbb sy tau betapa payahnya dulu sy nk ikut rombongan sekolah. minta izin selalu tak dpt. mmg sedih. tp nk buat mcm mn. kami bkn org sng. RM50 terlalu byk ms tu. tp dunia dah berubah. bg sy bla anak2 diberi peluang sebegini, mereka boleh belajar berdisiplin dan pd ms sm berdikari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab ini memang Sha tak nafikan..Zaman sha sekolah dulupun memang tak dapatlah nak ikut rombongan nie.. Nilai duit yang besar dan adik beradik yang ramai menjadi penghalang..

      Delete
  4. Kalo ct pikir banyak Kali gak nak benarkan. Biasa lah mak2 .. paranoid xbertempat huhu

    ReplyDelete
  5. comel Amani...akk pun aritu, dok risau sesangat. alhamdulillah sbnrnya depa ok je

    ReplyDelete
  6. Kalau dulu2, masa zaman YEA sekolah, ibu xbg sgat pergi mana2 kalau melibatkan tempat ada air atau hutan. Huhu takut katanya. Yalah, bahaya juga kan kalau apa2 terjadi

    ReplyDelete
  7. Kalau syaza pun mungkin tak benarkan juga pada awalnya, ahaha.. wah syok amani.. dapat outing dengan kawan2 ya

    ReplyDelete
  8. mmg seronok la ank2 dpt join lawatan cuma kita sbg mak sure riso je kn

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..