Sunday, October 28, 2018

Imani ke MAPS, Perak

Assalamualaikum...
Hye semua..

Semalam Imani ikut rombongan sekolah ke MAPS di Meru, Perak.. Ibu bapa turut dipelawa untuk mengikuti rombongan ini sebab ada kerusi kosong.. Jadinya Sha pun pergi bersama Amani.. Kena bayarlah untuk ikut sama kan.. Sha bayar RM85 dan Amani RM65.. Imani tak payah bayar sebab cikgu dah kutip masa awal tahun hari tu..

Pengalaman yang kurang menyeronokkan pada Sha.. Rombongan sekolah seronok dan menggembirakan.. Namun MAPS tak menyeronokkan.. Bayar mahal kalau tak ikut rombongan.. Tapi banyak mainan yang dalam progress, lepas tu ada dua permainan tak boleh dimain sebab rosak.. Walhal orang dah beratur menunggu ramai nak main.. Ada permainan kanak-kanak tak boleh main sebab dia ikut ketinggian.. Ada lah beberapa mainan yang Amani dan Imani boleh main.. Antaranya di Smurf Delivery (4-6 tahun sahaja), Merry go round (semua usia), kapal terbang pusing (semua usia kecuali anak kecil) dan indoor games di Choral Adventure.. Makanan pula dah termasuk dalam package yang cikgu beli jadinya tak adalah risau nak makan.. Cuma bila dah main, masing-masing lapar.. Sha beli snack je di Choral Adventure tu.. Set Chicken Cheese + Fries + Air = RM15.. Bolehlah buat alas perut.. Air mineral dibenarkan bawa sebotol sahaja.. Air berperisa tak boleh..

Kami masuk pukul 10 lebih macam tu dan keluar pukul 5 petang.. Sampai rumah jam 8 malam.. Memang penatlah.. Malam lepas makan semua terbaring kepenatan.. Kikiki..

Set Chicken Cheesy bersama Fries dan Air RM15

Air Milo RM5



30 comments:

  1. Suka tengok koleksi gambar-gambar tu...
    Milo 5hinggit..Allahu.

    ReplyDelete
  2. Comel sangat anak2 kakSha posing..hihi. Mahal set makanan tu, nampak mcm sikit ja 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki.. diorang memang suka kalau disuruh posing..

      Delete
  3. Huhu boleh tahan harga Milo tu. Yang penting anak-anak seronok

    ReplyDelete
  4. leh tahan harga! tapi mujurlah best..

    ReplyDelete
  5. Pandai puteri berdua ni posing 😊

    ReplyDelete
  6. Harga food and drink memang dahsyatttt!

    ReplyDelete
  7. dh pi MAPS PERAK ni tp mmg tk best pn..dgn harga mhl tk berbaloi pn..kalo murah ok..akak nasibaik la emnang contest..tu pn lps setahun br depa bg tiket masuk...kt entry pn mcm tkde mood nk update cite pi maps lastyear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih lah tengok diorang tak maintain.. sambil lewa je..

      Delete
  8. anak kami siap minta repeat ke sini..fuh peluh tiak mak hehehe

    ReplyDelete
  9. Sayangnya tak dapat main banyak benda. Last saya pegi bulan 8, masa tu semua permainan boleh main. Tapi, apa2 pun, have fun dengan anak is the best moment.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. have fun dengan anak je yang buat moment kat Maps nie jadi best..

      Delete
  10. bestnya jalan jalan!tapi rege makanan tu boleh tahan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat macam nie memang mahal sha.. kalau masuk memang kena bawa duit banyak..

      Delete
  11. kalau bab rosak tu sy x leh terima. sepatutnya diorg boleh je baiki segera. bukan ke mereka sentiasa buat pemeriksaan dan pemantauan? supposed dr awal dah tahu permainan mana yg rosak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah yang buat ada pengunjung tu mengamuk.. dah penat beratur pastu tak boleh main sebab rosak.. terus naik angin beliau..

      Delete
  12. Best la amani imani ibu join p rombongan..dah ramai2 memang begitu begini la,Kan..takpe ada rezeki boleh repeat balik kat part2 yang tak puashati tu😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini je peluang yang nampak nak bawa anak anak jalan.. kikiki..

      Delete
  13. Nasib la budak² tak reti nak bebel psai duit lagi. kalau tak, Allahu~ macam rugi je..

    ReplyDelete
  14. huhu..mahal set tu sampai 15 hengget..air milo 5 hengget..mahai bebenor...amik kesempatan sungguh..

    ReplyDelete
  15. MAHAL SGT BARANG MKNNYA RABAK POKET

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..