Tuesday, October 23, 2018

Komik Sains Survival 01 & 05 oleh Jaecheol Hong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selepas baca novel yang berat, Sha baca pula komik sains.. Komik ini menarik cuma dia bersambung-sambung.. Sedih rasanya.. hahaha.. baca part 1 pastu part 2 tak berjaya dipinjam.. Kemudian baca part 2 tapi part 1 nya tak ada.. hahaha.. Sabar jelah.. Tapi masih menarik sebab ada disertakan fakta-fakta menarik.. Bila baca komik macam ini, terasa pengetahun bertambah.. Yellah penceritaan bergambar disertai penerangan.. memang bagus untuk bacaan bukan sahaja dewasa tapi kanak-kanak..

Komik Sains Survival 01: Bertempur Dengan Serangga 1 oleh Hong Jaecheol, Lee Taeho (Pelukis)

Mengenai kewujudan serangga dan pengenalan kepada beberapa spesis serangga.. Perbezaan serangga dan bukan serangga.. Bila baca buku ini barulah kita mengenali dan mengetahui kepentingan serangga dalam kehidupan seharian kita.. Kalau dapat baca bahagian 2, mesti seronok.. Sebab watak dalam komik ini mengecil.. Jadinya nak lah tahu berjaya ke tak watak-watak tu membesar kepada saiz normal semula..

Komik Sains Survival 05: Terkandas di Himalaya 2 oleh Hong Jaecheol, Jung Joongyu (Pelukis)

Dalam Komik Terkandas di Himalaya ini Sha belajar mengenai suhu, silau salji dan juga banjaran tertinggi di dunia.. Cumanya komik yang Sha baca ini bahagian 2, jadinya cerita bermula di tengah-tengah.. Memang kena pandai-pandai faham sendirilah kan.. Watak-watak dalam komik ini menempuh runtuhan salji, runtuhan jurai salji, runtuhan batuan yang dasyat, jatuhan ais yang besar dan macam-macam lagi.. Terasa bersama watak pula mengalami pengalaman tu semua.. Ada juga penerangan mengenai haba pembekuan, teknik memanjat tebing, angin lembah, angin gunug, bayu darat, bayu laut dan macam-macam lagi..

Antara Fakta menarik yang ada dalam kedua-dua komik ini ialah:-

Serangga yang boleh melompat jauh..

Penerangan teori jatuh bebas..

Mengenai suhu..

Silau Salji..

5 comments:

  1. menambahkan ilmu pengetahuan komik2 gini...hehehe

    ReplyDelete
  2. Penceritaan pasal sains dia best & santaii..:D

    ReplyDelete
  3. Baca buku ringan-ringan ni relax.

    ReplyDelete
  4. ada satu buku tentang sejarah dia buat dlm komik. penulis pelukis org korea tp dah terjemah ke BM

    ReplyDelete
  5. bestnya sambil membaca sambil belajar. Dapat ilmu baru

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..