Thursday, October 18, 2018

Undercover Wife oleh Zura Rahman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Siapa-siapa yang berminat dengan genre thriller romance bolehlah dapatkan Novel Undercover Wife oleh Zura Rahman ini.. Novel ini diterbitkan sendiri oleh penulis.. Memang eksklusif la..
Harga RM36.00 (belum termasuk postage)..
Berminat?? Boleh klik SINI ye..
Boleh tengok juga buku-buku lain penulis ini di SINI..

https://www.facebook.com/zura.novelis
Apabila detektif berdedikasi berubah menjadi penjenayah berbahaya;
Apabila orang yang dikatakan telah mati muncul kembali; dan
Apabila teman sejiwa kini menjadi teman lelaki wanita lain...
Devastated. Despair. Desperate.
Elena ke Itali dengan niat untuk melupakan kisah lalu namun ia membawanya kepada sesuatu yang tidak dijangka. Kepercayaan tentang kematian suaminya goyah apabila dia terlihat seseorang yang menyerupai Roman di ROm. Dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak, Elena nekad untuk menyiasat. Lelaki itu diekori.
Roman Iskandar, mengapa dia langsung tidak mengenalinya? Dan siapa pula si cantik jelita berambut kuning emas di sisi Roman?
Pertemuan seterusnya membuahkan lebih banyak persoalan. Pencariannya telah membawa Elena ke daerah lain, yang tidak pernah terlintas olehnya, walaupun di dalam mimpi.
"You are the woman in Rome. What are you doing here?" ~ Wolfe
Wolfe, lelaki bertatu serigala yang menyerupai Roman. Jika benar lelaki itu adalah suaminya, mengapa Elena umpama orang asing di matanya? Kata hati Elena, itu lelaki yang dinikahinya empat tahun yang lalu. Satu tanda lain yang tersorok, akan membuktikan bahawa dia adalah Roman, cinta hatinya. Elena nekad untuk membuktikan.
"Sepatutnya aku yang berada di sisi Roman, bukan Si Blondie itu. Dan Roman yang sepatutnya memburu, bukan diburu!"
Tapi benarkah Roman sudah mati? Jika benar, di mana mayatnya? Siapakah Wolfe, lelaki bertatu serigala yang punya pandangan menyorot it? Pencarian Elena telah mencungkil satu konspirasi. Satu persatu rahsia mula terdedah, sehingga tiada siapa lagi yang selamat!
"You looked as if you have just killed someone."

4 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..