Friday, November 9, 2018

BGRC dan McDonald's Telah Bersatu Untuk Riangkan Hati Adik-adik KAFA Di Kuantan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pada 07 November 2018 bersamaan dengan hari Rabu telah berlangsung satu aktiviti amal yang telah dianjurkan oleh 2 (dua) buah pihak yang sememangnya telah dikenali di Malaysia. 2 pihak ini tidak lain dan tidak bukan adalah Bukit Gambang Resort City dan juga McDonald's.


Aktiviti amal ini dilangsungkan demi untuk meraikan anak-anak tahfiz seramai 74 orang anak-anak tahfiz termasuk guru dari Sekolah Agama Rakyat KAFA Al-Hidayah Ad-Diniah Perkampungan (F) Bukit Goh, Kuantan, Pahang sebagai tanda sokongan untuk adik-adik ini terus berusaha di dalam pelajaran masing-masing meskipun kebanyakan daripada mereka datang dari keluarga yang kurang berkemampuan.


Sekolah Agama Rakyat KAFA Al-Hidayah Ad-Diniah Perkampungan (F) Bukit Goh, Kuantan, Pahang 

Keperihatinan pihak Bukit Gambang Resort City ( BGRC ) dan McDonald's yang telah sudi meraikan adik-adik ini pada hari tersebut telah merakamkan sebuah lagi sejarah kerana secara tidak langsung ia adalah merupakan kerjasama rasmi pertama di antara BGRC dan juga McDonald's Jalan Gambang yang selama ini hanyalah terletak lebih kurang setengah jam saja perjalanan di antara keduanya. Ini patut dibanggakan oleh warga Kuantan itu sendiri kerana di tempat mereka masih ada pihak-pihak yang sudi menyumbang semula kepada pihak masyarakat setempat.

Sedikit info ringkas mengenai majlis riadah setengah hari antara Sekolah Agama Rakyat KAFA Al-Hidayah Ad-Diniah , Bukit Gambang Resort City dan McDonald's Malaysia. 

Kehadiran adik-adik comel di BGRC

Kehadiran adik-adik ini di nanti oleh wakil BGRC yang bertugas sejak daripada jam 9pagi lagi dan turut sama ada ketika itu adalah wakil daripada pihak bloggers dari Pantai Timur yang telah siap sedia dari awal pagi lagi untuk meraikan kedatangan adik-adik ini di pintu utama bahagian Waterpark. Setelah tiba, perkara pertama yang diambil kira adalah soal tiket masuk dan syukur alhamdulillah pihak BGRC sudi menaja tiket masuk untuk semua dengan murah hati. Terima kasih banyak pihak BGRC!


Senyuman yang terukir di wajah adik-adik ini sangat-sangat bernilai untuk semua yang terlibat dan makin bermakna apabila pihak BGRC sudi juga membantu adik-adik ini dengan wakil crew mereka di sepanjang aktiviti riadah ini berlangsung dari awal hingga akhir. 


Adik-adik ini bebas bermain di mana-mana bahagian yang mereka inginkan dengan di kawal tahap keselamatan oleh pihak BGRC yang berwajib. Jika anda ke Kuantan, silalah singgah ke BGRC ini kerana di sana ada pelbagai aktiviti bermain air yang sangat best! Ada ombak buatan, ada slide dan bermacam jenis lagi sesuai dengan mengikut usia dari kanak-kanak hingga dewasa.




Apabila di tanya , masing-masing sangat berpuashati dan gembira dengan layanan yang diberikan oleh pihak BGRC ketika berada di sana. Wajah penuh senyuman dengan suara layanan yang ramah daripada pihak BGRC melalui staff staff yang bertugas juga amat terbaik sekali. Tiada apa yang kurang malah terlebih pula rasanya. 

Kedatangan Happy Meal McDonalds Meriahkan Suasana

Ketika pihak Bukit Gambang Resort City (BGRC) sedang bertungkuslumus meraikan adik-adik ini di kawasan waterpark, pihak Mc'Donalds pula dari sedang beruasaha untuk menyiapkan makanan tengahari untuk diedarkan di pintu keluar setelah selesai aktiviti bermain air itu nanti sebagai kejutan istimewa untuk menggembirakan lagi hati adik-adik yang seramai 60 orang ini. 


Penyiapan makanan tengahari dalam bentuk Happy Meal sengaja di pilih sesuai dengan usia adik-adik itu sendiri dan persiapan ini dilakukan secara terus melalui McDonald's cawangan Jalan Gambang dengan di pantau oleh pihak manager yang bertugas sepenuhnya. Meskipun jumlah yang perlu disiapkan agak banyak namun staff yang bertugas tetap tampak relaks, cekap dan tersusun dalam melalukan kerja mereka dari awal hingga akhir.


Semangat berpasukan sebegini sememangnya sudah lama dipraktikan di kalangan semua staff McDonald's kerana sebelum dibenarkan bertugas melayan para pelanggan mereka sebenarnya telahpun di latih dengan asas yang cukup. Walaupun sibuk perlu melayani pelanggan secara terus namun staff yang bertugas tetap terus mempercepatkan tugas mereka menyediakan segalanya sambil sesekali membalas senyuman untuk pelanggan lain yang ada di premis.


Kenangan Terindah Yang Tak Mungkin Akan Dilupakan

Meskipun majlis ini tampak biasa namun sebenarnya ia amat bermakna dan sangat luarbiasa untuk adik-adik ini. Kehadiran maskot daripada Bukit Gambang Resort City telah menambahkan lagi keceriaan di wajah adik-adik ini. Masing-masing terus tersenyum lebar meskipun hakikatnya telah penat bermain dengan sepuas hati tadi.


Setiap pertemuan ada perpisahan dan ketika salaman terakhir di beri, pihak BGRC dan McDonald's tukarkan saat sedih berpisah ini dengan Happy Meal untuk terus mengukir senyuman di wajah mereka sehingga ke akhirnya. Semoga ingatan setengah hari bersama BGRC dan McDonald's ini akan terus tersemat di ingatan dan moga-moga dapatlah hendaknya kembali ke sini lagi di lain kali bersama keluarga masing-masing. 


Senyuman manis di wajah semua adik-adik comel ini teramat mahal untuk dinilaikan dengan wang ringgit.



Wakil Blogger Turut Hadir Dengan Di Layan Bagaikan Keluarga

Menyentuh isu tentang blogger, suka untuk diceritakan serba ringkas mengenai blogger ini kerana hakikatnya masih ramai lagi yang belum mengenali apakah tugas blogger itu sebenarnya. Untuk pengetahuan anda, blogger ini ada komunitinya yang tersendiri dan tidak semua blogger itu hanya tahu untuk menulis berita panas , viral dan hot tanpa tahu asal usul demi untuk meraih perhatian pembaca. Bak kata pepatah, janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.


Hakikat sebenarnya, di kalangan blogger ( penulis blog ) ini masih ramai yang aktif membuat amal dengan berada bersama masyarakat untuk memberi bakti sedaya yang termampu dalam bentuk penulisan bagi merapatkan ukhwah antara mana-mana syarikat dengan masyarakat dalam bentuk menjayakan aktiviti amal, menghebohkan berita-berita baik yang patut diketahui umum dan sebagainya.


Kerana itu tidak mustahillah mengapa pihak BGRC dan McDonald's sendiri dengan penuh rasa gembira, sangat suka untuk menerima kehadiran para penulis blog ini untuk pelbagai acara dari dulu hingga kini demi untuk memberikan lebih banyak info yang sepatutnya kepada masyarakat di seluruh Malaysia. Bagi pihak blogger pula, kesudian pihak-pihak ini menerima kewujudan kami sejak dulu hingga kini dengan ikatan bagaikan sebuah keluarga amatlah dihargai dengan penuh rasa terima kasih dari hati.

Keprihatian BGRC dan McDonald's Memang Patut Dipuji
Harapan di masa akan datang semoga akan ada lebih banyak pihak yang akan mengikut jejak langkah BGRC dan McDonald's ini. Siapa sangka meskipun ke dua-duanya ada nama yang agak besar di Malaysia namun masih sudi untuk terlibat dengan projek amal sebegini. Bagi yang masih tercari-cari destinasi untuk bercuti, singgahlah ke Bukit Gambang Resort City kerana segala-galanya ada di sana dan pada yang sedang tercari-cari menu yang sedap untuk dinikmati, jejakkan kaki ke McDonald's di mana-mana cawangan yang berhampiran dengan anda. Sambil itu jangan lupa juga untuk menderma melalui tabung yang disediakan supaya dapat turut sama berbakti untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald di HUSM yang sedang berlangsung sekarang ini.


Terima Kasih BGRC, Terima Kasih McDonald's Malaysia!! 

Bukit Gambang Resort City

McDonald's Malaysia

4 comments:

  1. Alhamdulillah sekurang-kurang nya dapat hiburkan hati adik-adik tu semua

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..sejuk hati cheq membaca entri ni 😊

    ReplyDelete
  3. Seronok tgk diorg senyum mcm tu. harap2 McD teruskan usaha CSR diorg.

    Myra | https://thegreylinesbetween.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. bgs CSR mc d...byk buat aktiviti amal utk golongan yg memerlukan...wajar dicontohi syarikat corporate yg lain...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..