Sunday, November 18, 2018

Lambaian Bulan oleh Syasya Bellyna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel dan cerpen dengan tajuk yang sama.. Cerpen ini memang best walaupun pendek.. disertakan sekali dengan novel ini.. Sha beli dengan penulis.. Lebih istimewa.. 

Cerpen Limited Edition Lambaian Bulan.. Berserta penanda buku yang ohsem..
Cerpen ini mampu menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca mengenai sihir yang dinyatakan.. Kesudahannya juga kita tahu bahawa sihir itu berhasil..

 
Novel Lambaian Bulan.. Cerita penuh mengenai Sihir Lambaian Bulan.. Membaca novel ini menambah ilmu buat Sha.. Pelindung diri satu je, berpegang teguh pada Allah dan ajaran Islam.. Bila selain dari Allah yang dicari memang akan menyiksa diri.. Ada rahsia antara Andara dan Azhar.. Khairul dan makcik Tijah juga menjadi misteri.. Memang penuh teka teki dan persoalan.. Namun helain demi helaian membuka cerita dendam Melur pada Nang Lana yang tidak pernah berkesudahan hingga ke keturunannya terkena tempias.. Yang tamak berusaha melunaskan ketamakkan hingga tak peduli nyawa siapa yang terkorban.. Plot twist di akhir cerita memang mengancam..

Sha baca agak lama novel ini sebab mengurangkan perasaan seram.. hahaha..
Sha baca pada 14.11.2018 dan selesai pada 16.11.2018..

14 comments:

  1. takut pulak tengok tajuk. sihir. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time sebenarnya Sha dengar pasal sihir nie..

      Delete
  2. Kulitnya novel pun dah nampak misteri..

    ReplyDelete
  3. Teringin nak baca yang cerpen tu, tgok kulit pun dh menarik huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penulis tu buat sendiri untuk yang cerpen tu..

      Delete
  4. Kenapa semua buku kak sha baca ni buat Miya nak beli lebih dari 2 buku je bulan ni. Ke kena tunggu bulan 12 ek? hahahaa

    ReplyDelete
  5. Suka dgn cover buku cerpen tu..

    ReplyDelete
  6. Salam :)
    Terima kasih review LB, dear. TQ support Sya dari dulu. Love you <3

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..