Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha adalah pengguna Implanon untuk tujuan kaedah rancang keluarga. Sha mempunyai alasan dan sebab tertentu memilih kaedah ‘family planning’. Sebelum ini Sha pernah buat entry tentang Harga Dan Tempat untuk memasang Implanon. Kali ini Sha nak ceritakan kesan selepas setahun memakai Implanon ni.. Period Sha datang 2 kali seminggu dan sehari sahaja.. Mula-mula kena tu ingatkan memang sikit je.. Tapi bila masuk kali ketiga terus encik suami suruh pergi buat checkup.. Maka pergilah Sha ke Klinik Ibu dan Anak untuk berjumpa doktor.. Sebelum jumpa doktor kena gi check Urine, ambil berat (72kg) dan ambil tekanan (tekanan tinggi sikit masa ini, mungkin sebab risau).. Lepas tu baru jumpa doktor.. Doktor dengar dan scan perut Sha.. Alhamdulillah rahim tak ada apa.. Doktor cakap ini antara kesan yang mungkin berlaku pada pemakai Implant Nexplanon.. Sha buat pemeriksaan ini pada 10.12.2018..
Ada lagi 2 tahun sebelum implant ini dikeluarkan dan diganti baru..
macam tu pulak ye Sha..
ReplyDeletehope kesihatan Sha ok .. dan tidak ada apa yang memudaratkan ..
ReplyDeletetake care ya.
tu antara kesan yg pki implan sbb dia kacau horman. sy doakan sha sihat sentiasa .
ReplyDeletesemoga sihat-sihat semuanya kak sha.
ReplyDeleteaduhhh tetiba saya pula yg rasa nyilu n ngeri...
ReplyDeletesemoga tkde apa2 yg serius...sbb lain bdn lain tindakbalasnya
ReplyDeletesemoga sha sihat sentiasa, miza yang baca pulak rasa sakit adoi
ReplyDelete