Saturday, January 5, 2019

Lamaran di Taman Nakajima oleh Marissa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku kelima.. Nampaknya pembacaan berjalan lancar..

Tajuk buku dan isinya agak tak menepati.. Cerita dalam buku ini lebih pada hubungan suami isteri 2 pasangan yang berantakkan disebabkan orang ketiga iaitu perempuan lain dan juga kawan-kawan yang tak menghormati.. Watak heroinnya merupakan seorang isteri yang diabaikan setelah suaminya dirampas kawan sepejabat.. Bertemu dengan hero yang bercerai dengan isterinya disebabkan gangguan kawan-kawan hero yang tak menghormati kehidupan selepas perkahwinan.. Dua permasalahan yang kalau tak dibendung memang boleh berakhir dengan penceraian.. Namun penulis juga turut menyelitkan hubungan baik antara menantu dan mertua walaupun telah berlaku penceraian.. Ada pengajaran yang boleh diambil pasangan berkahwin dari buku ini.. Penulis juga berjaya membuatkan watak heroin itu menjadi kesukaan Sha sebab tak lembik dna tahu mempertahankan diri bila diserang perampas dan bekas suami yang gila talak..

Sha abca dan selesai pada 03.01.2019..

(ebook - PNM e-Reader)

6 comments:

  1. itu yang best! perempuan tak lembik walaupun di pijak lelaki

    ReplyDelete
  2. Memang geram kalau baca novel yang melibatkan orang ketiga. Kalau boleh, nak skip je part tu.

    ReplyDelete
  3. itu yang bagusnya, heroin tak lembik, kalau baca heroin yang lembik mengikut je naik geram pulak akak hahaha

    ReplyDelete
  4. kalu cerita heroin lembik ni sy lempar trs buku tu hahaha

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..