Monday, January 21, 2019

My Playlist When Working

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kemain lagi tajuk dalam bahasa inggeris.. Kikiki.. Saja je.. Cuba-cuba.. Sini Sha kongsikan playlist pilihan Sha bila buat kataloging ataupun menaip entry dan blogwalking.. Buat masa ini Sha tertarik dengan lagu-lagu ini.. Memang pelbagai dan tak tersekat untuk satu bahasa sahaja.. Kepelbagaian itu perlu dalam membantu mood Sha untuk proses buku (katalog, balut, semak dan sahkan buku) seta berblog.. Ada antara pilihan lagu Sha ini, Sha tak minat pun penyanyi dia.. Tapi lagu yang dinyanyikan tu menagkap telinga.. Jadinya Sha bubuh je dalam playlist..


Lagu ini muzik dia catchy betul.. Sha tak minat pun ayda jebat ini tapi lagu-lagu dia memang boleh menangkap telinga untuk terus mendengar.. Sentiasa ada kelainan..




Lagu EXO ini mengingatkan Sha satu masa dahulu Sha minat mereka ini.. Hahaha.. Sha suka lagu diorang yang bertajuk Growl dan Wolf.. Diorang ini yang best bila bahagian menari.. Memang ohsemlah pada Sha.. Untuk yang terbaru ini, ketiga-tiga lagu diorang ini menarik untuk di dengar..

Adira - Pujaan Hati
Lirik dan lagu ini ada impak yang kuat.. Walaupun Sha tak tonton sangat drama Pujaan Hati Kanda tapi lagu ini memang best.. Terutama sekali bahagian "Andai perit luka ini, Takkan pernah ku peduli, Biarkan aku teruskan menanti, Kita pastikan bersama, Yakin dengan takdir, Tuhan Kita kan bahagia"..

D&E - Bout You

Biasanya playlist ini akan bertukar ikut mood Sha.. Mood tu memainkan peranan penting.. Kalau sebelum ini mood down, Sha layan lagu-lagu yang kalau dengar memng boleh leleh air mata.. Tapi disebabkan mood Sha dah improve, kita layan lagu rancak sikit.. Nak settlekan kerja tak boleh layan lagu leleh-leleh..

7 comments:

  1. masa kerja dulu kalau sedih/stress sha dgr lagu twice 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  2. Suka lagu ragaman ngan pujaan hati tu.

    ReplyDelete
  3. Antara lagu yang saya juga layan ialah Gashina, Satu Peluang,Ragaman dan Pujaan Hati. Tapi tak pernah lagi dengar lagu masa blogwalking macam Kak Sha😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak memang suka buat multiple job in one time.. kikiki..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..