Wednesday, January 30, 2019

Raungan Mantera oleh Serunai Faqir

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini sambungan kepada Mantera Hitam.. Cadangannya Sha, sekiranya anda nak baca buku ini.. Pastikan anda dah baca Mantera Hitam terlebih dahulu.. Sebab buku ini memang betul-betul sambung di bahagian Mantera Hitam berhenti..

Perjalanan 7 manusia dalam mencari kitab yang dilarikan oleh jin bersambung di buku ini.. Sejarah mengenai pertemuan dan apa yang berlaku pada Pakku, Pak Chu Deris dan Cikgu Hizat ada diceritakan dalam ini.. Perebutan kuasa antara jin dan pertarungan antara jin juga diceritakan.. Memang menariklah bila membaca buku ini sebab penceritaannya berselang seli diantara dunia manusia dan juga jin serta jurus-jurus silat.. Yang paling Sha ingat dah tentulah mengenai Gajah Mina dan juga keletah selamba Tunku..

Sha baca dan selesai pada 29.01.2019..

(ebook - PNM e-Reader)

4 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..