Friday, February 8, 2019

Urusan Rumah - Betulkan Jeriji Rumah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha ambil cuti untuk urusan cukai tanah, cukai taksiran dan bil indah water rumah Sha di Ipoh.. Sambil-sambil bayar apa yang patut, Sha singgah rumah Sha di Ipoh.. Nak bubuh aluminium zink dekat jeriji belakang.. Kena pasang zink tu supaya bila hujan air tak tempias masuk dalam rumah.. Kesian dekat penyewa.. Basah dapur dibuatnya.. Dua jam baru siap.. Mujurlah ada encik suami yang tahu bertukang.. Tak masuk pun rumah.. Masuk dekat bahagian belakang je.. Rumah dah ada penyewa dan penyewa tu balik kampung.. Sha maklumkan nak datang dan buat kerja dekat belakang je.. Harapnya tak masuk dahlah tempias air..

 Asalnya buat macam ini.. 

 Bubuh zink sementara.. Air masih juga masuk bila hujan..

 Terus beli zink aluminium yang kalau kena air tak karat dan pasang elok-elok..

Harapnya lepas ini tak masuk dahlah air.. Ada rezeki baru buat awning..

13 comments:

  1. suka atau tak awning mmg diperlukan setiap rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Anies.. Kalau beli rumah memang kena ada duit banyak.. Nak buat jeriji, awning, wiring dan bubuh kipas lampu..

      Delete
    2. duit bli rumaj sm byk dgn duit yg nk gn lps dpt rumah😆

      Delete
  2. Nasib baik ada encik suami ya kak sha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Yea.. kalau tak memang besarlah belanjanya..

      Delete
  3. Ialah kalau tak buat macam tu belum sempat buat awning dah mereput

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mrs A.. satu hal pula nak ganti pintu nanti..

      Delete
  4. Alahai museum hujan sekarang Ni sekali hujan mmg lebat semoga masalah bnjir setel

    ReplyDelete
  5. terkenang kan rumah baru aida yg dah 1 bulan tak jengah.
    belakang masuk ujan juga.
    just tak dok lagi, tu yg tak buat per pun, sha.
    nak tanya asben to consider cara ni.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..