Tuesday, March 19, 2019

Janji Julia oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha ada kongsikan entry Book - To Be Read pada hari Sabtu yang lepas dan ada yang cadangkan Sha baca Janji Julia.. Makanya Sha tunaikan janji dan inilah review dari Sha..

Buku ini memang mendebarkan.. Malaysia yang diserang virus RhytoF99 dan juga penyerang yang mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh.. Malaysia jadi kucar kacir diserang dari dua arah yang ganas.. Virus dan pemberontak.. Dalam kekalutan manusia hilang pedoman dan marah lebih merajai jiwa.. memang masa musibah ini agak sukar manusia nak berkeadaan rasional.. Namun Julia dan Mimi tidak berdua dalam menempuh perjalanan ini.. Mereka bertemu Simon dan Adzhim di dalam hutan.. Dalam pelarian mereka mula mengenal dan melihat ke dalam diri mereka sendiri.. Bukan mudah melalui hidup dimana Malaysia hancur dan nyawa sentiasa dihujung tanduk.. Buku yang sangat mendebarkan..

Sha baca pada 17.03.2019 dan selesai pada 18.03.2019..

Cadangan dari Zik..

Koleksi peribadi Sha..
Terbitan Aurora Creative..

4 comments:

  1. Replies
    1. hadoi.. kalau diadaptasi mahu berlari jantung menengoknya..

      Delete
  2. Saya belum pernah lagi baca novel Maria Kajiwa yang bergenre macam ni. Pernah baca cerita seram tulisan beliau saja.

    ReplyDelete
  3. baca ringkasan, kenapa macam tak sama dgn judul? hehehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..