Thursday, March 28, 2019

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam bawa anak-anak tengok Upin & Ipin.. Dari tahun lepas dah janji dengan diorang nak belanja tengok wayang.. Kebetulan birhtday Imani bulan Mac, kita celebrate sekali degan kakak punya walaupun kakak punya birthday bulan 6.. hehehe..

Keseluruhan cerita pada Sha, kali ini lebih seronok dan dekat di hati sebab ada watak-watak dari cerita melayu lama yang dimasukkan.. Seperti Mat Jenin, Belalang, Pak Belalang, Mak si Tanggang, Bawang Putih, Bawang Merah dan juga Raja Bersiong.. Perjalananan cerita dari awal sehingga ke hujung berjaya memaku mata anak-anak dan juga Sha untuk terus menonton.. Babak sedih ketika mak si Tanggang dan Bawang Merah meluahkan rasa serta memaafkan memang berjaya buat Sha menangis.. Saling memaafkan itu penting dalam hubungan kekeluargaan..

Part yang tak seronok bila tengok ada ibu bapa yang langsung tak peduli kan kebajikan anak-anak.. Punya nak tengok wayang sampai sanggup bawa baby dan anak kecil ke dalam panggung yang gelap dan sound sistem yang kuat.. Menyampah pula Sha tengok.. Imani yang dah 6 tahun tu pun masih pegang kuat tangan Sha sebab gelap.. Apalah salahnya tunggu seminggu lepas tayangan, tengok dekat Family Friendly.. Lebih mesra kanak-kanak.. Macam-macamlah mereka ini..


12 comments:

  1. no wonder dpt rm5.4 juta dlm ms krg semggu...

    sy dr dulu xsetuju bayi bw msk wyg... kesian diorg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. tak rasa bersalah langsung mak bapa nie.. Adoilah..

      Delete
  2. Mcm best je citer tu. Anak bongsu umo tiga thn tu memang fanatik kat upin ipin. Sygnya kena tunggu kuar astro first la baru buleh tengok. Maklumlah d KB x de cinema.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best Abam Kie.. Kalau keluar kat Astro memang nak beli lagi.. seronok untuk tontonan seisi keluarga..

      Delete
  3. masuk bayi tu tak jumpa lg laa..

    ReplyDelete
  4. xtgok pun lagi..huhu

    anyway, mgkin parents tu xtahu or pnggung kat situ xde yg family friendly kot.or mgkin jg xtau apa fungsi cinema yg family friendly tu. =)

    ReplyDelete
  5. Saya baru tahu Upin Ipin ada movie baru sebelum beberapa hari tayangannya. Ni yang buat tak sabar nak tengok ni. Tapi, tak tahulah bila dapat tonton. Mungkin tunggu bila dah keluar di TV lah kut. Huhu..

    ReplyDelete
  6. Kadang kena prihatin dgn nak2 kecil.mak Pak yh sibuk nak tgk budak2 kexil bukannya pandi lg

    ReplyDelete
  7. Menarik jugak sbg aktiviti keluarga pegi tgok movie sama2.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..