Assalamualaikum..
Hye semua..
Alhamdulillah.. setelah bertungkus lumus selama 2 minggu lebih, Sha dan suami berjaya juga mengosongkan dan membersihkan rumah lama kami untuk proses penyerahan kepada Pihak Pentadbiran Politeknik.. Buat pengetahuan semua, Sha duduk dalam kuarters di tingkat 2 sebelum ini.. Oleh kerana MIL Sha dah duduk dengan kami dan beliau tidak boleh berjalan, maka encik suami memohon untuk pindah ke ground floor.. Awal bulan April hari tu kami diberikan surat untuk berpindah rumah.. Maka bermulalah proses mengangkut, membersih dan menyusun atur di rumah lama dan rumah baru.. Buat berdua je, tu yang lambat dan perlahan.. Hari ini (25.04.2019) encik suami akan serahkan semula kunci rumah kepada pihak pentadbiran.. Nanti bila pihak pentadbiran nak periksa rumah dia akan panggil encik suami sekali..
Kami lambat mengosongkan dan membersihkan rumah lama ini sebab sambil pindah dan kosongkan, kami juga nak kena kemas rumah baru.. Tu yang lambat dan perlahan.. Ada orang tak nak faham.. Barang 10 tahun.. Faham-faham jelahkan.. Betapa banyaknya.. Ini pun rumah baru masih bersepah-sepah lagi barang dan ada separuh barang kami buang dan bagi orang.. 05.04.2019 hingga 24.04.2019 masa yang kami ambil untuk mengosongkan dan membersihkan rumah ini..
Rumah lama yang dah dibersihkan
1. Ruang tamu
2. Bilik tidur utama dan bilik air di bilik tidur utama
3. Bilik tidur kedua
4. Bilik tidur ketiga
5. Bilik bacaan
6. Bilik air kedua
7. Stor
8. Dapur dan ruang untuk letak mesin basuh
Encik suamilah yang paling bertungkus lumus membuang paku, menampal (piller) semula dinding, mengecat dan membasuh rumah.. Sha cuma tolong pastikan setiap bilik kosong, angkut, sapu-sapu dan susun barang je..
Alhamdulillah selesai semuanya. Syukur juga sebab dapat pindah ke ground floor kan Kak sha. Memudahkan MIL 😊
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Memang syukur sangat dapat turun groundfloor..
Deleteselamat berpindah ke rumah baru sha.. walaupun masih dalam tempat sama.. brg 10 tahun sis leh paham.. mcam2 hadooo hehe
ReplyDeleteTQ sis awa.. hehehe..
DeleteSelasai dah semua nampaknya. Berminggu-minggu juga masa yang diambil untuk selesaikan urusan pemindahan barang
ReplyDeleteJadi lama sebab tak pack dan pindah mengejut Jannah.. Lepas tu dua rumah nak kena setup serentak.. tu yang makan masa..
DeleteBila dah pindah sepenuhnya dah lega kan Sha..cuma tinggal letih jelah..sekurang-kurangnya tinggal kemas sikit-sikit dalam rumah.Alhamdulillah.
ReplyDeleteBetul tu PC.. nie tinggal sikit sikit untuk rumah baru..
Deleteakhirnya selesai sudah ngemas n bersihkan umh tu..mmg penat la kn bak kata sha 10thn punya brg nk ngemas
ReplyDeleteBetul tu sis.. letih ya amat.. hehehe
DeleteBegitu kisahnya...ingatkan sha nak reno tingkat atas sebab tu angkut barang ke bawah. Nampak nau ketinggalan kita ni.
ReplyDeleteTapi mujur juga pindah ke tingkat bawahnya, boleh pindah sikit2. Kami dulu pun dari rumah sewa ke rumah beli ni pindah barang sikit2 juga. Sebab dekat.
Apapun moga dipermudahkan urusan sha sekeluarga
Semoga dipermudahkan urusan pindah rumah sha
ReplyDeleteseronok tgk rumah bersih
ReplyDeleteyg tak faham tu jenis yg x penah pindah rumah...once dah rasa...hahhhh br dia tau langit tu tinggi ke rendah hehehe
ReplyDeletedulu selalu rasa best tgk kwn2 yg pindah sekolah, terbayang lah pindah rumah n ada persekitaran baru. sekarang bila dah alami sendiri proses pindah rumah tuh, penat setahun pun tak hilang
ReplyDeleteLetih juga tu Kan sha
ReplyDelete