Monday, July 29, 2019

Blogger Challenge | If you could have any job in the world, what would it be?

Assalamualaikum..
Hye semua..

Blogger Challenge | If you could have any job in the world, what would it be?


Sampailah sudah kita ke Blogger Challenge yang ke 10.. Kalau Sha memang tak akan tukarlah.. Seronok kerja dengan buku ini.. Tambah Sha memang meminati buku.. Rasa bahagia dikelilingi buku.. Namun jangan salah sangka ye.. Kerja di Perpustakaan ini bukan setakat jaga kaunter, terima pinjam pulang buku dan susun buku.. Sebaliknya lebih daripada itu.. Walaupun tak ada asas dalam dunia pustakawan ini, namun banyak yang Sha belajar lepas kerja bidang ini.. Ilmu yang menarik dan kepelbagaian yang kita kena pandai susun dan masukkan dalam aktiviti kerja harian kita.. Kena bijak bermain dengan masa, buku dan juga manusia..

Cuma mungkin kalau diberi peluang dan punya kewangan yang mantap, Sha teringin nak jadi pemilik sebuah BookCafe... Kedai buku lengkap dengan cafe untuk pengunjung memilih buku, membaca dan kopi-kopi bersama dessert.. Impian yang tak tahu bila akan terlaksana..

9 comments:

  1. Saya pun suka kerja dengan buku..jadi pustakawan macam best je..cuya ad mohon kos perpustakaan...tpi tu kat shah alam,parent tk bgi keluar melaka..sedih...kak sha doakan sye dpt kos pilihan pertama ya,saya mintak tourism..result keluar rabu ni...herm neves

    Wish me luck!

    Moga kak sha dpt apa yg diimpikan

    ReplyDelete
  2. wow. impian yg best tu sha.
    buku. coffee. then ada tempat utk cari maklumat dgn komputer.
    kerusi di sini. ada ruang if nak bersila.
    aduhai, sha. best tu...

    ReplyDelete
  3. Woww..nice nye..dgn buku...hhhehe..tambah ilmu...

    Sy pun suka..tapi dah kerja skrg ni..susah sikit nak hadap buku....nona doakan termakbul impian kak sha okaysss

    ReplyDelete
  4. Samalah kita Kak Sha. Dua-dua minat buku. Saya teringin nak ada kedai buku sendiri. Kalau boleh nak letak karya sendiri kat situ.

    ReplyDelete
  5. semoga tercapai impian kak sha utk buka bookcafe :D

    ReplyDelete
  6. banyak kali saya ambil borang kerja untuk jadi pustakawan tapi tak pernahnya dapat..

    ReplyDelete
  7. semoga tercapai impian untuk buka bookcafe.. menarik juga tu, dekat malaysia susah nak cari cafe yang boleh santai2 macam ni kann

    ReplyDelete
  8. rezeki kan, bla dpt kerja dlm perkara/ bidang yg kita suka..

    ReplyDelete
  9. Best kan kalau ada bookcafe macam yang Sha idamkan tu. Kalau akak, tak balik rumah pun tak apa hehehe itu kalau cafe tu kita sendiri punyalah 😂

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..