Sunday, July 21, 2019

Kursus Asas Microsoft Word di Kolej Komuniti Sabak Bernam

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Yeah!! Semalam berjaya menyelesaikan satu hari lagi berkursus untuk keperluan kerja.. Kali ini Sha dan encik suami menghadiri kursus yang sama.. Kursus Asas Microsoft Word di Kolej Komuniti Sabak Bernam.. Pergh!! Advanced dah sekarang.. Guna Word 2016.. Lebih banyak template dan command.. Seronok bila refresh ilmu dengan aplikasi baru.. Nak mohon kursus seperti ini boleh isi di https://mytvet.edu.my/epsh/v8/borang/default.asp.. Mudah je.. Nanti kalau dapat kursus pihak kolej komuniti akan hantar mesej di telefon bimbit.. Anda perlu bayar RM5 atau yuran yang ditetapkan mengikut Kolej Komuniti dan jenis kursus yang anda pilih.. Masa kursus selalunya setengah hari sahaja dan anda akan diberi sijil di akhir kursus..

Sarapan roti canai cicah kari kambing dan nescafe ais.. Roti canai dia gebu dan rangup.. Kari kambing dia power sangat..

Kursus bermula jam 8.15 pagi sehingga 12.30 tengahari.. Hanya separuh hari untuk Kursus Asas yang memperkenalkan serba sedikit mengenai Microsoft Word.. Sangat bagus dihadiri adik-adik lepasan SPM dan mereka yang dah berkerja tapi kurang mahir dengan Microsoft Word versi terkini..

Gambaran kedudukan jari ketika menaip..

Kedudukan tangan semasa memegang tetikus.. 

Pelajaran bermula..

Antara tugasan yang berjaya dibuat dengan tunjuk ajar pensyarah.. Ada beberapa perkara yang Sha baru tahu.. Refresh ilmu..

15 comments:

  1. waahh best nie kak.. sy pun teringin nak join kursus mcm nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh survey dekat kolej komuniti terdekat..

      Delete
  2. menariknya! boleh join juga lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Joint Irdina.. sepanjang tahun ada pelbagai kursus menarik di Kolej komuniti..

      Delete
  3. Alhamdulillah..bagusnya.Versi baru microsoft word ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah PC.. versi 2016..
      Lebih canggih dan terkini..

      Delete
  4. Bagusnya, Kak Sha👍🏻. Join kursus macam ni. Dapat tambah ilmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali kena joint kursus2 macam nie Jannah.. refresh ilmu..

      Delete
  5. Best juga attend training macam ni..penuh info

    ReplyDelete
  6. Bagus Boleh tambah ilmu. Sedap roti canai dgn kambing tu

    ReplyDelete
  7. menarik ni sha.
    aida pun bukan nyer mahir sgt microsoft word.
    yg asas jer la tau nyer.
    byk belajar dgn mr.asben.
    dia up-to-date skit dgn microsoft.

    ReplyDelete
  8. sy agak lama guna Mac...bla kn guna MS mmg terkial2...syok kursus mcm ni sbb dpt ilmu baru

    ReplyDelete
  9. bestnya! murah je harga kursus dia

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..