Monday, August 5, 2019

Janji Anabella oleh Hasrudi Jawawi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ogos dah masuk hari ke empat dan Sha baru nak mula membaca.. Sha mulakan dengan novel yang tajuknya menjadi hangat bagi filem Inggeris.. Annabella.. Tapi yang ini bukanlah ada kena mengena pun dengan filem tu.. Hanya tajuknya sahaja yang sama.. Sha beli di Jualan Gudang Karangkraf baru ini..

Janji Anabella ini mengisahkan tentang Risa yang sangat bercelaru dan trauma diatas kehilangan arwah maknya.. Risa melihat sendiri bagaimana arwah maknya meninggal.. Ini memberi kesan yang sangat mendalam kepada Risa.. Setelah maknya meninggal, Risa dijaga oleh Maksu nya.. Namun disebabkan Maksu Risa masih belajar dan punya kerja partime, maka Risa dihantar ke Sekolah berasrama.. di sekolah ini Risa tidak berkawan dengan sesiapa pun kecuali Anabella.. Namun disebabkan berkawan dengan Anabella, Risa tidak didekati kawan-kawannya yang lain.. Risa juga kerap diganggu suara-suara yang menyuruh dirinya pergi dari sekolah itu.. Apakah sebenarnya yang mengganggu Risa? Siapakah Anabella?

Sha baca pada 04.08.2019 dan selesai pada 05.08.2019..

Koleksi peribadi Sha
Published June 2019 by Buku Prima

9 comments:

  1. Macam best novel ni. Tertanya-tanya pula siapa Anabella tu😅.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Annabella tu macan hantu jerangkung yg menguasai pokok banyan...sejarah lama skolah jasmine school...pengasas pertama skolah tu ada buat perjanjian izazil...risa buat research lepas dia rasa dia dh berjaya tumpaskan roh pokok tu tapi sebenarnya perjanjian tu takkan pernah berhenti setiap lima tahun jerangkung tu akan menyamar sebagai annabella untuk cari mangsa darah seterusnya...dia hanya akan cari budak yg ada masalah disiplin...kalau rasa syok beli buku tu...saya dh baca habis mmg seronok sgt!!!

      Delete
  2. lajunya membaca..buat speed reading ke apa ni?

    ReplyDelete
  3. Karangkraf punya Ni tapi mama pun x baca lagi

    ReplyDelete
  4. Kenapa nama aku siot!!! Anabella 😭

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..