Friday, August 16, 2019

Monolog Adventure Travel Race Malaysia Part 1 oleh J. Adams

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebenarnya.. Sha selalu nampak buku ini dekat timeline Facebook orang kongsikan.. Tapi tak pernah tergerak pun nak beli atau baca.. Sha skeptikal sikit bila tengok buku yang ada tajuk travel ini.. Mulanya Sha ingatkan buku ini sama macam buku-buku travelog yang ada di pasaran.. Lebih pada tips dan gambar..

Bila Sha gagahkan hati untuk baca buku ini tanpa melihat sinopsis di belakang, sha rasa pilihan Sha sangat tepat.. Baca je muka surat yang pertama, Sha terus jatuh cinta.. Buku ini bukan buku travel yang biasa-biasa.. Buku ini mengisahkan tentang Dira yang dipaksa menyertai acara Travel Race kerana menghilangkan duit syarikat.. Dira menyertai acara Travel Race ini dengan Vina yang sangat misteri.. Memang dari awal sampailah ke perkataan tamat misteri si Vina ini menghantui Sha.. Tertanya-tanya Sha dibuatnya.. Elok sampai hujung buku, boleh pula Vina ini hilang dan buku ini tamat.. Stress Sha tau.. Tapikan sha sukalah cara penulis ini sampaikan kisah Dira dan misteri si Vina ini.. Semangat Dira dalam menempuhi Travel Race ini dan melakukan tugasan yang diberi..

Sha baca dan selesai pada 15.08.2019..

Sha pinjam dengan Perpustakaan Negara Malaysia
Published May 2017 by SJ Amaxing Sdn Bhd

10 comments:

  1. ada banyak bahagian nampaknya buku tu.. ke Bahagian 2 dah cerita pasal lain pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut ending buku ini, bahagian 2 sambungan dia..

      Delete
  2. menarik, library kt opis ni takde banyak sgt novel lah... buku2 psl peta banyak la...
    kalau ada buku dr library negara pun tak banyak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami banyak pinjam dengan PNM novel.. Buat pinjaman kelompok.. 3 bulan sekali gi tukar.. 400 buah buku..

      Delete
  3. terbaik.. shu dah stop baca dekat PNME, suami galakkan beli novel. katanya asyik tengok hp je.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha pun dah kurang sesangat membac guna hp nie.. lebih pada buku fizikal sekarang ini.. lebih puas dan tak mengganggu mata..

      Delete
  4. hebat betul sha sbb boleh abiskan sebuah novel dlm satu hari! Syabas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih abam kie.. kadang-kadang ke laut juga pembacaan sha nie.. hehehe

      Delete
  5. Macam bersiri jer novel ni..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..