Tuesday, August 6, 2019

Projek Seram Cincin oleh Aida Adia, Naim Tamdjis, Akma Saidon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cincin Puaka Zamrud oleh Aida Adia
“Tiada hebatnya sesuatu itu jika tiada ‘kuasa’ bersamanya!”
Misteri dan penuh tandatanya.. Penulis berjaya mengekalkan momentum misteri hingga ke hujung cerita bila kebenarannya terbongkar.. Manusia selalu tewas dengan rasa ingin tahu tanpa bersedia dengan kemungkinan yang berbahaya.. Syaitan tak akan melepaskan peluang untuk menyesatkan anak adam.. Aryan Yang sering diganggu mimpi arwah ayahnya cuba menyiasat dan terjumpa cincin zamrud yang tersimpan dalam peti lama.. Kerana cincin tu hidup Aryan berubah.. Apakah kaitan cincin tu dengan arwah ayah Aryan..

Sakti Cincin oleh Naim Tamdjis
“Hanya yang berdarah asli dapat mewarisi cincin yang membuka dunia terhijab!”
Memang mengujakan bila penulis menggunakan hantu mitos dari negara orang putih untuk mengembangkan cerita.. Pertembungan pahlawan Melayu dengan hantu mat saleh, berjaya membuatkan cerita dari penulis ini menjadi menarik dan ohsem.. Tema cincin digunakan dengan baik dan digandingkan dengan senjata melayu membuatkan cerita jadi lebih menarik..

Khadam oleh Akma Saidon
“Dia hak aku!”
Hanya kerana dendam, yang tak bersalah menjadi mangsa.. Soal perasaan bukanlah perkara enteng namun terlalu menurut perasaan pun boleh mengundang padah.. Wanda yang tak bersalah sering diganggu oleh nenek tua yang inginkan dirinya menerima sesuatu.. Tapi sesuatu itu tidak nampak di penglihatan Wanda.. Gangguan berterusan menemukan Wanda dengan Sierra dan Hezzri.. Akhirnya permasalahan terungkai, ada yang berdendam sehingga sanggu bersekutu dengan syaitan..

Sha baca pada 05.08.2019 dan selesai pada 

Koleksi peribadi Sha
Published June 2019 by Buku Prima

3 comments:

  1. nampak menarik jalan 3 cerita seram ni sha.

    ReplyDelete
  2. Amboi Sha baca buku serammm👻👻

    ReplyDelete
  3. yg pasti ia tak berlaku kat kampung chin chin, jasin melaka kan? hehehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..