Thursday, August 1, 2019

Shopping di Shopee #7

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekarang kan dah tak ada siaran analog untuk tv.. Semua dah pakai Digital.. Jadinya kenalah beli dekoder dia baru dapat tengok myFreeview Malaysia.. Kalau TV latest ada cop DTTV, sambung je dengan ariel dah boleh tengok.. Untuk TV lama macam Sha, Sha beli dekoder  DVB-T2 bawah ini.. Sha beli dekat Shopee.. Bukan nak promote kedai pun.. Sha bubuh sini sebab perkhidmatan yang diberi penjual memang terbaik.. Ini kali kedua Sha beli.. Beli untuk rumah kami dan rumah MIL..

Buat yang tak tahu, ini sedikit info mengenai myFreeview
Projek DTT (Televisyen Terestrial Digital) adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ia merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik untuk rakyat. Pembaharuan ini memberikan semua siaran yang lebih jelas tanpa sebarang bayaran bulanan. Boleh klik SINI, untuk lebih maklumat..

Mula-mula beli dulu, Sha beli yang ini 2 unit.. Tapi bila nak beli lagi, yang ini dah habis..

Kali kedua, Sha beli yang ini.. Dapat free wifi adapter.. Memang terbaiklah.. sha pasang nie dekat bilik baca Sha.. Tarik kuat internet.. hehehe..


Ini siaran tv3.. Memang clearlah.. Radio pun ada..

Inilah  dekoder DVB-T2 tu..

Kalau guna internet, dapatlah negara lain punya channel..

Dan juga boleh tengok Youtube.. hehehe

7 comments:

  1. Good sharing sis. Sy pun Ada plan nak Beli utk rumah makayh

    ReplyDelete
  2. Wah, siap ada WiFi lagi. Pilihan rancangan pun banyak

    ReplyDelete
  3. yg best time hujan xde gangguan kn?

    ReplyDelete
  4. umah aida pun pakai box camni.
    cuma channel utk tv sgt la tak bagus!

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..