Tuesday, September 3, 2019

Bisul Amani Pecah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang dah sampai masa, bisul Amani pecah tengahari tadi.. Amani pun tak perasan.. Balik sekolah, pegasuh tengok baju sekolah Amani penuh darah.. Pengasuh telefon Sha.. Bergegas Sha ambil Amani dan bawa ke Kecemasan.. Kecemasan call Klinik Pakar SOPD.. Sebab ada surat temujanji kan.. Doktor pakar dekat Klinik SOPD suruh datang situ.. Terus Sha pergi Klinik Pakar SOPD untuk daftar.. Tak lama pun menunggu.. Dalam 5 minit macam tu dah dipanggil.. Doktor tengok, picit dan periksa terus nurse sediakan perkakasan.. Amani dah ready nak lari.. Jenuh juga pujuk dia untuk baring.. Tukar baju hospital sebab Sha memang tak bawa baju extra.. Dengan Sha sekali kena sarung.. Doktor risau darah dan nanah tu memancut sebab Sha kena pegang Amani sama..

40 minit jugalah proses buang nanah, darah kotor dan bersihkan tu.. Besar lubang dia.. 3 orang kena pegang Amani.. Kuat dia meronta.. Doktor toreh sikit nak bagi mudah nanah tu keluar.. Cuci, korek dan picit.. Bagus betullah doktor tu buat kerja.. Sha yang tengok pun ngeri.. Doktor cucuk juga ubat kebas sikit.. Amani dalam sakit-sakit tu boleh dia buat lawak cakap nak tidur.. Dia pejam mata sungguh.. Kami panggil 2,3 kali baru dia buka mata.. Doktor risau dia pengsan.. Dia boleh selamba je.. Sabar jelah.. Jenuh doktor dengan nurse tu gelak.. Amani.. Amani..

Doktor bagi surat untuk cuci luka setiap hari di Klinik Komuniti ataupun Klinik Kesihatan.. Hari-hari nak kena pergi cuci.. Besar betul lubang dia.. Tadi sebelum doktor tutup luka tu, doktor masukkan kain yang ada ubat dalam karung bisul tu.. Pastu baru bubuh plaster.. Malamnya kami ke farmasi cari kain dan salitape sebab plaster yang doktor bagi tu dah tertanggal..

Kenangan 03 September 2019..

17 comments:

  1. Bisul ni memang kena biarkan dia pecah sampai nampak mata orang kata kan. baru dia tak keluar lagi dah kat situ.
    dulu pernah kena. kat celah peha ke hampir ke miss V macam tu. sakit nya tuuuu ingatkan apa la. sampai naik demam dibuatnya. dah la masa tu sekolah form 6.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi.. Ngeri juga kalau tengok saiz bisul tu..

      Delete
  2. amaniiii hahaha ain baca pun ain gelak.. boleh pulak belakon yeeee.. cepat sembuh okayy

    ReplyDelete
  3. aduhai...sementara nak pecah tu amani tak sakit ke? laratnya dia gi skolah.

    ReplyDelete
  4. aduii..ngeri nya walaupun baca apa yg sha tulis jer

    ReplyDelete
  5. dulu kena bisul dekat punggung memang menangis part dia dah pecah tu. Semoga Amani cepat sembuh

    ReplyDelete
  6. sakit n pedih ni.. tambah2 kat tempat tertup kan, lagi la..

    ReplyDelete
  7. sempat lg tu ya amani hehehe moga cpt sembuh

    ReplyDelete
  8. Adoi, tak terbayang sakitnya. Moga Amani cepat sembuh.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..